24 September 2007

Apa yang kami buat di hujung minggu 2 minggu lalu

Buat pertama kalinya di bulan Ramadhan Mubarak ini, aku pergi bersolat tarawih. Kenapa sebegitu? Aku memang manusia yang malas, Malas Corporation CEO lah katakan... Sebelum malam minggu tersebut, rakan rumah kami Encik Jai telah mengeksport peti sejuk dan katil ke rumah barunya di Johor Bahru. Beliau telah meninggalkan keretanya di rumah supaya kami tidak kelaparan di waktu berbuka nanti. Jadi, buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku dapat merasa memandu Proton Gen-2.

Hari sebelumnya Encik Mohsin telah menyinggah ke rumah kami dan beliau mengajak melepak di rumahnya. Jadi pada malam minggu tersebut, kami telah pergi bertarawih di surau berdekatan dan terus memandu ke rumah beliau di Sri Gading. Apa yang seronoknya di rumah beliau? Ahaa.. Beliau mempunyai sebuah konsol permainan definisi tinggi (High Definition Game Console) iaitu Microsoft XBOX 360. Tapi bukan setakat itu sahaja, beliau juga memiliki sebuah televisyen yang boleh menampung resolusi tinggi konsol permainan tersebut, iaitu sebuah televisyen Samsung LCD 32". Apa yang seronoknya gabungan kedua-dua barangan elektrik ini? Wah.. sangat dahsyat, gabungan ini akan menyebabkan anda rajin pulang awal ke rumah dan tidak mahu keluar rumah.

Itu sahajakah? Televisyen tersebut juga mampu di sambung ke komputer untuk dijadikan monitor. Jikalau anda selalu memuat turun fail-fail video berkualiti tinggi dari internet seperti anime One Piece dari fansub Vegapunk, inilah monitor paling sesuai untuk menontonnya. Fansub-fansub dewasa ini kerap ingin membuktikan mereka mampu untuk menyediakan fail yang berkualiti tinggi sehinggakan fail mereka sangat besar. Gambar-gambar bersaiz megapixel yang anda rakamkan dari kamera digital anda juga dapat dipaparkan dengan sangat baik di monitor ini.

Untuk memendekkan cerita, lihat sajalah gambar yang sempat dirakamkan di rumah beliau.


Konsol permainan definisi tinggi Microsoft XBOX 360.


Televisyen Samsung LCD 32".


Encik Mohsin b. Abdul Rahim atau Cool Knights dari forum.saiyaman.info.


Encik Shaggy dan aku bermain FIFA World Cup '06.


Encik Shaggy menjaringkan gol di saat-saat terakhir. France 1 - Italy 1.


Encik Shaggy bertarung dengan Encik Mohsin.


Encik Mohsin bertarung Dead or Alive.


Aku bermain Forza Motorsport 2.


Memberi komen di blog.


Blog Achik di monitor tersebut.


Friendster.


Gambar-gambar resolusi tinggi.

4 komen:

Mohsin_Chan berkata...

hahaha...ader gak ko citer dlm blog ek. abis nampak gambo2 bilik aku yg bersepah nih....malu...malu...

or0 berkata...

aha.. lenkali kemas bilik..

yuzrin a.k.a matyuz berkata...

aku berminat nak tau berapa harga samsung 32' tu? nk survey harga.

or0 berkata...

takyah survey la.. swipe jer..