29 Mei 2009

Perihal perihal perihal

Ok, mari bincang beberapa perkara yang sedang berdansa di otak aku sambil melayan album baru Green Day ye..

Seperti yang diberitakan dalam pos lepas, Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana limpah kurnianya telah mengurniakan aku kerja tetap iaitu confirm. Surat belum dapat lagi. Rabu aku EL, jadi tak berapa tahu sangat la apa berlaku di opis dengan terpotongnya internet dirumah aku akibat tidak membayar bil. Pagi sesampai di opis, seperti biasa aku bukak google reader dulu, baca apa berita menarik, tengok release manga baru, tengok apa yang menarik di blog2 orang. Lepas tu middle click gmail kat page reader. Kendian baru teringat nak bukak pidgin, bukak yahoo mail. Dah baca apa yang patut, baru teringat nak bukak lotus notes, nak apply EL aku… benda paling penting boleh aku buat last? Eh, company email baru teringat nak bukak!

Dalam bukak lotus notes tu, aku tak jumpa leave application pulak. Terbukak pulak mail. Claim dah approve. Payslip!

~gaji dah masuk~

Bukak payslip, terdapat peningkatan pada basic aku. Kenapa eh? Pastu Ghazali ajak sarapan. Lepas sarapan tgk staff confirmation. Corfirm aku dah confirm. Berterima kasih kepada bos, kak hr, md dan sume colleague juga. Company mengamalkan polisi slip gaji cetak sniri.

~masa untuk reap company benefits~

Jumpa akak hr, medical macam mane, nak repair bahu, gigi la, apela, kete, dll dsb.

Bahu kena pergi hospital kerajaan. Mampu. Kena bayar sendiri kendian claim. Dilemma pertama: hospital rekemended adalah putrajaya, atau serdang. Jarak dari rumah aku lebih kurang je. Putrajaya jauh sikit kut. Ntah.

Telefon pulak, simkad tengah tunggu orang resign. Ataupun daftar je celcom. 01250419XX kini adalah celcom seperti ramai member aku buat? Dulu mesej brp sen la sangat, nak nak pulak aku dapat 1200 free sms yang dah habis dah pun tu. Dilemma kedua adalah antara 2 pilihan tu. Pilihan pertama aku bakal ada 2 nombor telefon pulak. Kena ade dua henset pulak. Ingat nak sambar smartphone dual sim. Tak mampu. Lagi. Pilihan kedua pulak, tak perlu beli henfon baru. Tapi aku nak beli jugak. Sebab L6 dah semakin bengap. 3 tahun pakai rasanya ok jugak kalo reward diri kan?

Kete pulak kena tengok interest ape sume. Tak reti nak explain. Malas.

Gigi kalo aku nak ganti gigi sebatang yang dicabut Doktor tempohari kena tambah duit sendiri. Insufficient dunfs.

Janji aku ialah mula membayar setelah confirm. Sila terima ya PTPTN. Jangan cas aku sampai 12% macam Amir Hafizi pulak. Pink slip dah sampai dah pun. Eh, itu bil telefon zaman dulu. PTPTN putih je sume. Surat lawyer berlambak2 dah. Bekas menteri di jabatan perdana menteri, dia punya firm pegang ITTHO, KUiTTHO, UTHM punya akaun ni. Betulkan kengkawan?

Baru teringat, leave application tak buat lagi!

Masalah problem aku yang paling menyedihkan, cakera keras 1000GB aku rosak. Habis sume movie, manga, komik, novel, lagu, anime, drama, tv series, decade ape bala sume tu yang hamper mencecah 700GB ade kut. Ntah. Jadi pengajaran yang aku dapat, jangan guna SFS. Unreliable. Lebih baik pakai third party partition manager. Pakai free punya, tak payah cetak rompak. GParted. Googlekanlah! Jangan pakai SFS! XP la ni. Ceit. Sekarang sedang cuba pakai spinrite mana tau kalau2 bule recover. Harapnya boleh. Shaggy tak Berjaya sebab mmg uzur sangat. Tak nak aku hantar balik kilang suh recover. Abis data aku disebarkan nanti. Haih. Apasal la aku tak bekap dulu ha?

Beli cakera keras baru untuk bekap? Nak beli RAM ngan speaker dulu. 2nd hand. Murah. Tengah bulan baru bule dapat. Member nak kawin sabtu ni.

2 komen:

Qider berkata...

dan aku tringat sesuatu tapi masih ingin bertanya..ermm kamu punya L6 tu dibeli time insepticon kah?

Unknown berkata...

x.
aku beli dgn hasil jerih perih bekerja di secret recipe pada tahun 2006..