05 Julai 2009

Kenapa aku swastakan blog aku

Sebab aku frust!

Tu je.

Sekarang dah ok.

Projek aku handle dah online and running, minus a few bugs. Bukan part aku ye, budak2 app team punya kerja. Kerja aku yang tertangguh cuma Tivoli yang memeningkan. Ape lagi yang kene buat, dah fed up aku dengan tivoli ni. Sementara database takde lagi, bulela lengah2kan dulu. Dasar pemalas.

Aku nak beli kereta! Cadangan awal nak angkat BMW lama, bikin balik kasi smart. Tapi, nak beli memang mampu. Nak maintain rasenye tak dapat. So aku opt nak angkat Kelisa manual. Orang yang nak jual tu pulak hilang tak dapat dihubungi (dengar kata pergi oversea). So aku cadang nak angkat Satria Neo pulak. Kena marah le ngan family aku. Sempit, kecik ape kejadahnye lagi. Suruh angkat Myvi pulak. Aku TAK SUKA Myvi!! Tinggi sangat. Kurang pikap. Kelisa lagi pikap. Jadi aku menyusahkanla abang aku, cakap kat dia "OK, bule angkat Myvi tapi Ma nak UK-spec punya, bule dapat tak? Berapa downpayment?" Padahal memang aku tak nak pon. (BTW abang aku salesman Perodua). Jadi memang kena postpone la pasal kereta ni. Duit simpanan untuk downpayment makin terkikis..........

Wow! Dah setahun aku pakai motor busukku yang ku sayang itu. Roadtax takde lagi! Contact point system aku dah tukar ke CDI. Terbang RM105. Hmmm berapa kali ganda harga motor dah aku abis untuk repair moto tu eh?

Minggu lepas aku jadi pengapit untuk colleague aku. Kesian dia takde member. Kate dia la. Takpe, aku dapat baju raya tahun ni dah. Songkok sekali. Rasanya kali terakhir aku beli songkok 11 tahun lepas. Masa nak masuk SEPOSEN dulu. Sama je saiz kepala aku 11 tahun lepas. Jadinya aku tak besar kepala la meningkat umur ni eh? Esok majlis kat Melaka pulak. Majlis di rumah dia pulak. Minggu lepas di Simpang Empat Penang. Duty sebagai best man berjalan ke esok?

Weekend depan berjalan2 dengan member2 Ipoh aku ke Penang. Penang lagi? Layankan.

Week sebelum ke Penang tu encik Hatta Azuwar Dahlan turun ke semenanjung. Time frust tu la. Pasal tu dah ok kut. Ade benda yang melarikan otak aku dari dok pikir pasal frust. Aku pergi zoo tepen! 14 thn lepas last pergi. Aku pergi Super GT. Gambo2 bule jenguk facebook aku.

Pasal frust tu... Hmm rilek je la. Aku masih muda. (ayat penyedap hati sendiri). Dalam keadaan frust tu aku bule letak kat status YM aku: "xpe xpe, sakitkan ati aku lagi, aku manade perasaan". Ramai komen aku emo gila. Rilek. Terima kasih ya kawan2. Aku tau korang sayang aku.

Aku dah ade gitar. Very the belated birthday gift! Orait la. Tapi bila dah dapat rasa malas nak belajar lagu baru pulak.

Ape lagi nak tulis eh? Sape ade tag aku tu, aku malas. Sila ingatkan aku balik. Achique pon dah swastakan blog dia gak. Kenapa apakah cik Achique?

0 komen: