09 September 2010

puasaku yang rongak

sempena idulfitri yang mulia ini aku nak mengucapkan selamat hari raya idulfitri, eid mubarak, maaf zahir batin!

sempena idulfitri yang mulia ini juga aku nak menceritakan mengenai puasaku yang rongak!

segalanya bermula pada 1 Ramadhan 1431H bersamaan 11 Ogos 2010M, malam sebelumnya, aku tak tido sebab masih kemaruk dengan tv baru in conjunction with a plethora of anime dr zard, movies n series dr tapa, dan juga my mighty 2TB HDD, Phenom x3 HTPC (boleh panggil ke tak ni?)..., aku merasa kelaparan ketika detik menghampiri 4 pagi...

tapa balik temerloh, nak sahur bersama family katanya, zard pulak memang pastinya tidak berpuasa, jadi terpaksalah aku sahur berseorangan..

getus hatiku, "bungkus pon cantek gak, boleh layan anime/movie/drama sambil sahur!" ketika dalam perjalanan menuju ke ketidaktahuan (oblivion) kerana aku memang tak tahu nak beli makanan kat mane.

atas khidmat masyarakat yang ditaja oleh zard dengan meminjamkan aku moto pinjamnya itu, dan setelah berpusing2, tibalah aku ke 7-11 BTS yang berdekatan dengan sup meletop.

menambah bekalan nikotin yang semakin surut di 7-11, lantas ku terus ke sup meletop dan sekaligus memesan nasi putih + sup perut + limau suam 2. aku order limau suam sebab tengah sakit tekak + batuk2.

bergegas pulang selepas pesanan siap, aku menuangkan nasi dan sup ke dalam mangkuk. separuh je muat pon. separuh lagi biar dalam plastik. zard dah jeling2 plastik tersebut. aku buat bodo je. mengenden la tu...

mantap betul sup meletop. terangkat dan meletop! te ba bo! sedap! zard kembali menjeling-jeling, aku masih buat bodo. zard menjeling-jeling, aku buat bodo. zard menjeling-jeling, aku buat bodo je.

"abis ke tak sup tu?", akhirnya beliau menuturkan kata yang memang sudah ku jangka. "abis punye, mahal aku beli ni...", jawabku. perasaan tamak haloba menyelubungi diri. "tidak, tiDAK, TIDAK!!! tak boleh! sup ni aku punye, ko jangan sebok!", kata hatiku. mungkin sisa2 setan yang masih belum diikat masih bersarang di lubuk hatiku ketika itu.

habis akhirnya sup perut tersebut. aku bersendawa panjang, "burrrrrrrrrrrrrrrrrrpppppppppppppppppppppppppp............" kenyang betul.

zard punye bengang tak ingat punyalah dengan aku. padan muka haha. maka bermulalah puasa aku selepas berniat sebulan dan berniat untuk esok hari.

dah dekat syuruk tu, badan aku rasa panas. aku pulak kurang tidur dan penat bekerja semenjak minggu lepas, wiken kena kerja kat jkm pulak, siapkan upgrade keepalived. 9 hari stret aku keje.

aku lantas menggunakan url keje wiken, aku cuti sebab badan tak sedap + panas. rehat sahaja aku hari tu... buka puasa seperti biasa, berbuka dengan susu dan buah-buahan.. nak makan takde selera pulak.

pagi kemudiannya aku sahur susu dan buah-buahan juga. tapi disebabkan batuk tak ingat + kahak hijau. start tengah hari asik batuk, buang kahak, makin dahaga aku jadinya. pagi sebelumnya aku hantar mesej cuti ganti wiken juga.

penat sangat, aku makan ubat.. rongaklah sehari puasa... pastu lapar la pulak, dah petang sikit pergilah pasar ramadhan berdekatan. makan dan makan ubat.

esoknya lagi, demam masih belum baik, makin teruk adele.. mintak tolong zard hantar pegi klinik, die pulak pergi beli nasi bungkus. doktor siap amik darah aku lagi sebab demam tak baik2. suhu badan dah 40 darjah selsius. katenye nak cek kalo ade denggi. mintak MC, so bercutilah lagi untuk hari ke-3 berturut-turut.

dah dapat MC, hantar mesej dekat ade seorang makcik tu, makcik tu tanya aku makan apa sahur pertama, pastu siap marah aku lagi... "makan sup perut memang la panas badan!"
begitulah bunyi dalam sms tersebut lebih kurang.. ooooo barulah aku tau.

hari-hari seterusnya, puasa berjalan lancar, 2 hari tinggal tu bolehlah ganti + puasa 6 sekali insyaAllah. tapi...,

hari yang paling genting aku kena submit macam2 benda, boleh migraine tak ingat punya. so aku makanla ponstan yang lebih dari demam hari tu. habis 3 hari tak puasa aku tahun ni. sedihnya dah tua pon puasa tak penuh. anak abang aku lak darjah 3 puasa penuh. apara Achik Jamal ni..

2 komen:

jejakacinta berkata...

selamat hari raya bro

Unknown berkata...

Haha. Alkisah...

Selamat hari raye bro