23 Februari 2011

Berapakah tahap tensen anda jika...

Anda seorang pengikut sebuah siri TV Amerika Syarikat yang mengisahkan tentang seorang doktor dan 3 orang doktor pembantu serta seorang pelajar yang mengambil kes-kes perubatan yang menarik di mana doktor-doktor lain sebelumnya tidak berjaya menyelesaikan kes tersebut berserta kisah hidup dan cerita mengenai doktor-doktor lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dan juga kisah pesakit yang di rawati mereka itu.

Ya, aku bercakap (menulis sebenarnya) mengenai siri 'House M.D' yang kini sudah mencapai kegemilangan dengan musim ke tujuh siri tersebut. Pada episod ke 13 musim ini, barisan panel penulis skrip telah mengolah jalan cerita pada episod ini dengan cara penyampaian berlapis-lapis di mana permulaannya menunjukkan suasana waktu rehat pada waktu sekolah di mana kelihatan kanak-kanak bermain riang dengan permainan american football apabila quarterback telah diberi sebuah lipatan kertas sejurus selepas beliau melontar bola (yang biasanya diperbuat dari kulit babi) itu ke arah penerima (receiver).

Beliau membuka lipatan kertas tersebut dan seterusnya babak lain ditunjukkan iaitu quarterback tersebut kini berada di suatu sudut di sekolah bersama seorang budak perempuan. Seperti tertulis dalam skrip dan pelakon memainkan watak dengan perbualan menjurus kepada pasangan kanak-kanak tersebut untuk bercium.

Tetapi ciuman mereka diganggu oleh kehadiran guru yang memarahi mereka dan menyuruh mereka duduk menunggu di bangku panjang yang sudah diduduki oleh tak lain tak bukan Dr. House. Hugh Laurie yang mendokong watak seorang doktor dari Amerika merupakan seorang warga British yang pada awal kemunculan memainkan watak askar British bersama seorang pelawak terkenal antarabangsa, Rowan Atkinson.

Seterusnya ditunjukkan babak lain yang menunjukkan adegan yang dipetik dari filem Pulp Fiction, adegan di mana House memainkan watak dipegang John Travolta dan Foreman memegang watak yang dimainkan Morgan Freeman dalam filem tersebut telah masuk secara paksa ke dalam dorm pelajar kolej dan terus menyuruh lelaki bercermin mata bermuka skema dalam bilik tersebut untuk menggodam sebuah MacBook 13" dan mengugut untuk menembak lelaki bercermin mata bemuka skema tersebut jika beliau tidak menggodam MacBook 13" tersebut. Rakan sebilik beliau yang sedang berbaring di atas sofa 3 tempat duduk (seperti apa yang dibuat oleh penulis sekarang) tiba-tiba menyampuk dan terus ditembak oleh House.

BANG!

Kemudian ditegur oleh salah seorang budak lelaki dalam kelas bahawa doktor tidak menembak orang barulah kembali kepada kisah di mana 3 orang yang sedang duduk di atas bangku panjang iaitu House dan pasangan kanak-kanak tadi.

Setelah beberapa minit video House M.D. musim ke 7 episod ke 13 berlangsung, tiba-tiba pada detik 27 minit 55 saat ketika budak perempuan itu sedang menjaga gawang hoki ais yang dimainkan menggunakan rollerblade, video tamat!

Hampas sungguh, muat turun tidak lengkap, menjerit penulis dalam kehampaan. Penulis yang menggunakan khidmat torrentflux dari pelayan yang terletak di Jerman terpaksa memuat naik semula fail torrent tersebut ke pelayan, memulakan transmisi pentorrentan. Semula. Sekali. Lagi.

Setelah lebih sejam transmisi pentorrentan dijalankañ, akhirnya tamatlah muat turun ke pelayan yang terletak di Jerman itu tadi. Fail video yang selesai dimuat turun (semula) tersebut kemudian dimuat turun ke komputer peribadi penulis (sekali lagi) dan nampaknya peratus muat turun baru mencapai 40 peratus.

Malam esok sahajalah sambung menonton fail video itu. Selamat malam. Malam ini penulis tidur dalam kehampaan, kekecewaan, suspen dan bermacam lagi perasaan yang bercampur baur.

Sekian, terima kasih kerana membaca.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 komen:

matyuz berkata...

wow memblogging artikel sepanjang ini dgn qwerty BB. wa suspect lu ar! :-O

jksm berkata...

ekeke lambat balas saje je haha.

banyak idea, malas je lebih