14 September 2007

Perpisahan dan Perjumpaan Semula serta kisah lain

Pada hari Sabtu lepas (8/9), terdapatnya seorang rakan rumah kami yang akan melanjutkan pelajarannya ke Liverpool. Beliau yang dimaksudkan tak lain dan tak bukan adalah saudara kita, Capang atau nama sebenarnya, Encik Mohd Hairol Jabbar.

Biarlah aku cerita serba sedikit mengenai beliau. Aku mengenalinya pada semester 2 pembelajaran ku di ITTHO. Ketika itu kami telah ditempatkan di bilik asrama yang sama di blok B asrama busuk yang kini didiami oleh kaum perempuan. Ku lihat si Capang ni memang seorang yang rajin belajar, sebelum kelas telaah, balik kelas telaah lagi... Sampai aku yang pemalas pun terjangkit sikit kerajinan beliau. Mungkin antara sebab keputusan aku yang baik pada semester tersebut adalah disebabkan oleh terjangkitnya tabiat beliau. Beliau telah menamatkan pelajaran pada waktu yang betul iaitu dalam jangka masa 5 tahun tanpa penambahan dan terus bekerja dengan TNB. Setelah beberapa bulan bekerja di sana, beliau telah pulang ke Parit Raja untuk melawat kami ketika beliau cuti sakit demam campak. Tanpa diketahui oleh aku, beliau telah mengambil keputusan untuk menukar pekerjaan kepada tutor di KUiTTHO tidak lama kemudian.

Pada waktu awal perpindahan pekerjaan beliau, aku merasa begitu segan untuk menyinggah ke rumah sewa beliau kerana diriku yang pemalas dan tidak tamat pelajaran lagi. Lama kelamaan sudah biasa kerana aku memang seorang yang muka tembok... Ahahaha! Akhirnya kami 'tertinggal' bersama semula akibat dari penambahan semester ku di UTHM.

Rasanya cukup mengenai beliau. Sekarang ingin ku ceritakan mengenai perjalanan kami ke KLIA pada hari tersebut. Kami berempat (Shaggy, Siput, Kodok dan aku) bergerak dari Parit Raja dalam jam 1.00 tengah hari dan terus ke Labis untuk menukar kereta yang lebih besar di samping mengambil Cikgu Izwandy atau Andy dan terus bergerak ke Port Dickson. Sampainya di Port Dickson kami singgah makan di KFC yang dipayung oleh Encik Mamak yang sudah berbadan sasa akibat asyik melepak dalam gym. Setelah itu kami kerumahnya kerana si Mamak ingin mandi dan bersiap-siap. Setelah itu kami bertolak ke Nilai untuk singgah di rumah Ibubapa Siput. Setelah makan nasi ayam yang sedap di rumah beliau, kami terus bergerak ke KLIA. Tetapi kami singgah sebentar di Stesen Petronas di lebuhraya ke sana untuk membuat konvoi beramai-ramai. Seramai 16 orang manusia telah bergerak ke KLIA iaitu Andy, Siput, Kodok, Shaggy, Jai, Bapak, Mus, Amar, Umar, Mamak, Zan, Amin, Kacang, Wady, Brahim dan aku.

Sesampainya di sana, kami menunggu Capang tiba dan beliau terus beratur untuk menghantar beg. Setelah proses itu selesai, kami mengadakan sesi bergambar tetapi Amin, Kodok dan aku telah pergi merayau-rayau di kawasan sekitar dan pada ketika itu juga Acap dan Apek tiba. Kemudian, upacara perpisahan bermula. Kami mengucapkan selamat tinggal kepada Capang satu demi satu dan terus bergerak menuju ke Bagan Lalang untuk makan lagi!

Agak jauh juga perjalanan ke Bagan Lalang. Dengan menaiki 8 buah kereta kami berkonvoi ke sana. Akhirnya dapatlah juga aku merasa duit gaji kawan-kawan yang sudah bekerja. Kami bertukar-tukar cerita antara satu sama lain sambil menyental makanan yang dipesan. Setelah habis makan, kami bergerak ke destinasi masing-masing dan aku telah menaiki kereta Encik Mus ke Puchong dan aku telah tidur di rumah Encik Kacang pada malam itu. Keesokan harinya Encik Kacang telah menghantar aku ke rumah kakak dan abang iparku di Bandar Kinrara 5 untuk sambutan ulangtahun pertama anak mereka, Najwa Batrisyia.

Malam itu aku bergerak pulang ke Parit Raja bersama-sama Encik Mus dan Encik Jai dan sampai pada jam 2.30 pagi. Tamatlah kisah pengembaraan kami 18 manusia yang telah pergi ke KLIA dan membulah di Bagan Lalang.

Kodok dan Shaggy membulah KFC belanjaan Mamak

Sesampai di perkarangan rumah Siput

Kodok, Andy dan Mamak membulah nasi ayam di rumah Siput

Para peserta konvoi berkumpul dan bermesyuarat strategi seterusnya



Aksi - aksi di KLIA

Aksi - aksi membulah di Bagan Lalang

Birthday Girl.

6 komen:

is berkata...

aksi-aksi membulah??(terbayang aksi mr jamal n shaggy tika membulah di hotel katerina)

or0 berkata...

aha.. anda sangat pandai... pandai beraksi dalam cleanroom... uhuuhuh

is berkata...

huk2..beraksi??dlm clean rum??

Mohsin_Chan berkata...

wahhh~rugi rasanya tidak dapat bersama korang. aku pergi jauh menjalankan tugas rasmi kerajaan pada masa itu. kalau tidak, sure muka aku pun ada dlm gambar tu.

hairol berkata...

aku tunggu kedatangan korang di liverpool...

or0 berkata...

tunggu lah.. kalo kene nombor aku pegi.. eheheh