11 November 2007

Kehidupan Baru

Maaflah kawan-kawan kerana sudah lama tidak ku kemaskini blog kepunyaan ku ini. Di kalangan kawan-kawan aku kulihat Achik memang rajin kemaskini blognya. Aku punya alasan? Kerja? Taklah sibuk pun. Cuma sekarang ni sibuk memuat turun drama + manga yang dah terlepas. Dah habis muat turun, layan.

Jadi untuk memulakan cerita, setelah tamat bahagian teori untuk INSEP, tibalah bahagian amali pula. Aku telah ditempatkan di Sony EMCS (M) Sdn. Bhd. South Plant (Video) di Bandar Baru Bangi.

Hari pertama pada 22/10 yang lepas, aku bersama-sama beberapa orang budak LI dari MMU dan beberapa staf dan operator baru telah disuruh untuk ke lobi kilang tersebut untuk mendaftar. Telah diketahui bahawa cuma aku seorang sahaja yang menerima tawaran untuk LI di situ. Jadi tidaklah aku mengharap sangat berjumpa budak INSEP yang lain. Tetapi tidak lama kemudian, ternampak 3 muka yang dikenali. Rasa seronok timbul pula sebab terdapatnya 3 orang lagi budak INSEP yang turut serta LI di situ. Nasib baik aku kenal mereka ketika Team Building dan Ole-ole Ramadhan. 3 orang yang dimaksudkan adalah Encik Faizan @ Kecik yang kukenali ketika TB yang bersama-sama direndam dalam parit ketika hujan turun mencurah-curah, Encik Azlan @ Lan yang kukenali ketika menghisap rokok dalam tandas ketika menukar baju pada Ole-ole Ramadhan dan Cik Vivieyanti @ Kak Yan yang juga terlibat dalam Ole-ole Ramadhan. Mereka bertiga merupakan pelajar dari kursus Operasi Industri di bawah FKMP.

Hari pertama memang tiada apa yang kami lakukan, cuma duduk dalam meeting/conference room sambil mendengar taklimat tentang Sony dan lain-lain. Di hari kedua barulah kami di bawa masuk ke dalam production line. Orang pertama yang kami jumpa ialah HOD Auto Mount Department iaitu Mr. Siva. Kemudian kami diperkenal kepada En. Jamal iaitu Assistant HOD Auto Mount merangkap penyelia kami. Diperkenalkan juga kepada En. Rafi, senior engineer. Encik Kecik pula dihantar ke Sony North Plant (TV) bersama-sama Cik Rashida Chamingan @ Dinda yang lewat masuk.

Hari-hari seterusnya memang penuh cabaran. Apa yang dipelajari sewaktu INSEP langsung tidak dapat diaplikasikan. Aku lebih sesuai dinamakan sebagai balaci@pencacai@macai kerana disuruh membuat kerja yang mereka tak mahu buat.

2 minggu berlalu, Encik Lan pergi meninggalkan kami kerana beliau diterima bekerja sebagai Jurutera di Sepang. Tinggallah aku seorang di situ dengan Kak Yan atau Vivie yang sudahpun menjadi Line Leader di Shift A.

Bolehkah aku terus hidup di sini? Ennntahhh...! Boleh rasanya. Tadah sahajalah. 3 bulan. Seketika sahaja. Kalaupun hendak di serap, aku ingin meminta department lain. Production tak seronok bagiku. Politik kuat. Bosan.

Sementara ini aku tinggal di Vista Sri Putra, menumpang di rumah Encik Azhar, Encik Kudin dan Encik Sofi. Rumahnya ok, penghuninya peramah, baik hati. Internet sudah disediakan dan yang paling seronok sekali ada kolam renang. Boleh belajar berenang dengan teknik yang betul. Tapi baru sekali aku berenang di situ. Kerja punya pasal, balik rumah, lepas makan tidur. Hujung minggu dipenuhi aktiviti open house. Mungkin tengah hari ini kami akan berenang-renang.

Gambar:


Kad ID tanpa nama penuh.

"Ada benda ni kat umah x klua umah le aku... pastu sambung kat PS3, habis aku, nak dapat awek pun tak dapat", bisik penulis dalam hati.

Lan dan Vivie, bekas model INSEP.

14 komen:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah dah convo..

or0 berkata...

terima kasih.. sape nih? boleh tinggalkan no phone?

M. H. Jabbar berkata...

wei mengayat nmpak..haha..

erm adat dlm kerjaya mal..mmg ada politik..what to do...

ko duk b.b.bangi kat seksyen brape? cam dkt tempat mmber aku duk jer dulu, yg aku selalu lepak..hehe...

anyway..hidup tak semudah yg kita bayangkan bro...:-)

or0 berkata...

ya betul bro.. terkenang saat indah ketika belajar.. makanan yang murah.. duit abis tipon mak..

aku x duk bbb.. aku duk kt sri putra, jauh sket, kene lalu hiway menuju selatan, first exit selepas exit bangi n sebelum exit nilai.. dah nak masuk NS dah umah aku..

M. H. Jabbar berkata...

la sri putra ke..tu la tmpt umah makcik aku la..aku duk situ juga kejap.. ko jln seri putra brape?

makcik aku, no 10 seri putra 3/3...

Shah-Azz, Inc. berkata...

pancing ikan xajak aku oooo..taula umpan power..huahuuauauha

or0 berkata...

ek elle.. pancing mendenye.. ni saje jer aku panggil dinda, die melayan.. aku trime jer.. cadang nak wat kat awek aku NANTI.. ni kira latihan ler..

eheh.. best gak org panggil aku kanda..

uhuhuhuhuh

AchiQue berkata...

kanda? muntah ijau aku dengar =P

aku pon sangat busan sekarang. ddk office goyang kaki jer. cam pratical manager laks. huhu.

or0 berkata...

sbb tu la best.. org jeles smp nak muntah ijau. uhuhuhu

yuzrin a.k.a matyuz berkata...

fuyoh...cm ni la player!!!

ko area bangi yg dkt ngan nilai tu ker? bapak suit jauh ny!!!ak sll ke site petronas bangi sblh uniten. keje x abis lagi maa

or0 berkata...

takde pape la sbenarnye.. jgn jump to conclusions.. ini just something that cdah n i share. sesaje jer.xcaye tny cdah. ko ingat aku brani nak ngayat awek org? awek membe lak tu? mau bersepai gigi aku kene tempeleng ngan rafiq.

yuzrin a.k.a matyuz berkata...

tu cabaran baru ak kt ko. bersepai pun takper biar ada hasil...huhu

or0 berkata...

takpelah mat yuz.. i think i'll pass.. yg ade kakak ko sorg ni pon xdpt lagi.. menanti sebuah jawaban.. bukan jamban tau..

bile nak update blog lg mat yuz? shaggy lagi le xleh arap, achik ok, capang? isti?

yuzrin a.k.a matyuz berkata...

duh...takde isu selain drp berpoya2 kt selangor ni. lgpun mana blk ofis sgt. intenet lg ler xder kt umh