19 Februari 2008

31

Setelah hampir 2 tahun menderita, akhirnya aku mengambil keputusan untuk pergi berjumpa dentist.

Cek gigi, tengok gigi aku tu dah xbleh diselamatkan dah, so cabut le...

Sebelum cabut, dia suntik bius 2 kali kat sekitar gigi yang rosak tu dan doktor suruh aku keluar kejap, kasi bius tu sink in. Jadi aku sambil tunggu bius tu berkesan, menonton la ikan emas kat dalam akuarium kat situ. Tenung ajela kat situ, dalam 2 minit aku tenung, nurse dah panggil aku masuk balik. Hairan aku, kejap betul? Rupanya salah panggil orang.. Kemudian aku duduk tenung ikan balik.. Lidah aku semakin tak terasa dah, gusi tempat dia cucuk tu lagila.. Pelik lak rasanya, macam lumpuh separuh muka (ingat Ata x?). Tunggu dalam 10 minit camtu baru kena panggil, jadi aku masuk la balik bilik surgeri 10 tu.

Duduk atas kerusi tu balik, aku x rasa berdebar lak, kenapa eh? Memang aku jenis x takut jumpa doktor gigi nih, sebab aku tau aku pergi jumpa sebab nak berubat, so buat apa nak takut kan? Doktor Syaril pun ambillah dia punya playar ajaib tu, kalau nak tau camne rupa playar tu, tengokla iklan contact lens ape ek, yg ade Diana Danial berlakon ujung skali tuh..

Doktor pun mengepit gigi aku dan start menggoyang2kannya ke kiri dan kanan, sambil tu dia cakap kalau sakit angkat tangan, so aku angkatla tangan sebab sakit.. Doktor pun berenti menggoyangkan gigi aku tu.. Dia suntik lagi tiga kali kat keliling gigi tu. Aku duduk atas kerusi tu sambil tunggu bius berkesan, bersembang la ngan doktor tu pasal dentures.

Dalam 5 minit sembang, dia rasa macam dah ok je, terus dia capai playar ajaib tu lagi sekali, nurse lak pegang bahu aku dan suruh aku relakskan badan. Mengulang teknik goyangan kiri dan kanan tu tadi, aku tetap rasa sakit, tapi kurang sikit dr tadi, aku ulang teknik angkat tangan tu, tapi doktor buat tak heran je aku, goyang2 tarik2, zassss...!!

Tercabutlah gigi aku yang rosak beyond repair tu. Kapas dia letak kat tempat gigi tu used to be, nurse bagi ubat tahan sakit n kapas spare. Doktor Syaril tanya aku nak tak gigi aku tu, aku cakap le boleh jugak, so dia simpankan dalam plastik ubat, pastu dia suruh aku balik, so aku balik rumah.

Sampai rumah aku tidur. Itula maksud aku kehilangan Encik Hairol oi... kehilangan gigi. No big deal kan?

Aha, kos mencabut gigi cuma RM2 sahaja, kos lain ditanggung oleh kerajaan Barisan Nasional. Ha, korang ngundi tak 8 hb Mac ni? Ngundi wei, jangan x ngundi!

Sabtu lepas aku pergi lagi sekali exam PTD tu, cincai je aku jawab.. malas nak pergi sebenarnye, tp mak aku dah paksa, pergila.. Tak nak lak aku jadi anak derhaka. Sebelum paper last tu aku msj Encik Kodok n Encik Bulue, ajak lepak. Kodok balas balik kira serta merta gak le, tp Si Bulue call aku time pengawas cakap boleh bermula sekarang... bergegar pencil case aku tu, aku buat bodo je la.. berapa banyak kali dia call aku xtau le..abis pekse terus call Bulue, die amik aku, gi lepak kat Mat Jasak makan mi kicap.

Gerak jumpa Kodok kat Parade lak, pastu lepak kat Old Town Ipoh Padang, makan laksa pulak.. Dah abis lepak pegi Yik Foomg plak, Kodok nak amik laptop baru dia.. pastu gi lepak tgk bola kat Crybaby Studio, studio jamming milik kawan si Bulue, Op name die.. best seh studio mamat nih, baru 2 bulan bukak, bunyi sedap, barang sume branded n brand new... Ada 2 gitar Ibanez, 2 bass Marshall, 1 drum set Pearl, 1 keyboard Suzuki. Amp ade 3 ketul brand Marshall gak.. tak lupa ade tamborin ngan gitar tong masing2 1. (Tu je yang aku reti main pon..)

Datanglah kawan2 ke studio Crybaby.. Terletak di Medan Ipoh Baru, ala dekat belakang Tesco 2, sebaris ngan McD drive-thru baru tu.. Cari le kat area sebelah kedai Redcom, studio tu belah atas..

7 komen:

M. H. Jabbar berkata...

undi jgn tak undi...

blog aku da byk sawang da..

hahaha

Qider berkata...

ehehe..aku takut doktor gigi n doktor mata..doktor + ubat = menakutkan + mengerikan,seimbang tak persamaan aku ;-p

p(^_^)q
gambaru!

Unknown berkata...

kalo ikut persamaan kimia tak seimbang.. nanti aku kaji

Tanpa Nama berkata...

thnks le promote studio mmber gua..

gua caya lu!

Unknown berkata...

dah buat banner kedai ke blum?

Unknown berkata...

weh kasi bn menang kt ipoh. tp bgtau ahli parlimen srh krgkan harga rokok skli. huhu

Unknown berkata...

dap dah menang..