22 Mei 2008

3 dalam 1

a. Perihal Kerja

Sesungguhnya bekerja sebagai penulis laporan amatlah berat untuk dilakukan. Ya, memang menulis itu seronok, tulis mengenai perkara yang diminati, tulis benda mengarut macam dalam blog ini, tapi bila menulis mengenai fakta dan aktiviti yang dijalankan oleh Pusat aku ini, terasa amatlah berat dan sifat malas mula menguasai diri.

Beberapa faktor menyebabkan perkara ini menjadi berat (pada pandangan aku):

  • Malas
  • Fakta yang banyak
  • Kurang idea
  • Kewujudan internet yang laju
    • Anime
    • Manga
    • Filem /movie
    • Siri TV
  • Forum
  • Wikipedia
  • Laman rangkaian sosial
  • Blog
    • Kawan – kawan (rajin lawat Rambo sebab selalu update)
    • dll dsb
  • Masa yang singkat
  • Penalaan diri yang masih merasakan diri ini masih grapist
  • Kelulusan sebagai jurutera, tapi bukan
  • Selalu keluar mengasap

…dan banyak lagi sebenarnya…

Bagaimana mahu mengatasi masalah ini?

----------------------------------------------------------------------------------------------

b. Bola

Champions league pagi tadi MU menang. Tahniah diucapkan kepada para penyokong pasukan tersebut.

Aku punya team sekali lagi terselamat dari relegation pada musim ini. Yang bezanya, musim lepas Fulham terlepas dari segi mata dan berada di tangga ke 16, musim ini (atau baru lepas) lebih teruk, beza jaringan dan dapat tangga ke 17… memang cukup-cukup makan sahaja.

Cadangnya aku nak berhenti menonton / melayan BPL dan beralih ke Championship, tapi kedegilan mereka di mana di 5 perlawanan terakhir, 4 menang, 1 kalah… memang form terbaik mereka pada musim baru lepas ini. Tahniah kerana dapat terus bersaing di BPL untuk musim ke 8 berturut - turut pada musim hadapan.

Cadangan kepada Encik Roy Hodgson, beli winger yang power dan laju, cari yang muda… selepas itu jangan jual!

----------------------------------------------------------------------------------------------

c. Kahwin

Ramai sungguh rakan taulan, kenalan yang kahwin pada tahun ini. Kenapa? 26 tahun tu muda lagi. Kalian sudah puas berpoya-poyakah?

Antara rakan taulan yang bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini (yang dah lepas tak payah cerita kut...).

  • Isnaini
  • King Pul dan Alida
  • Bulue
  • Amin
  • Mus
  • Saryati
  • Suhaida
  • Uncle (Azam)
  • Tok Peng

…dan ramai lagi, percayalah…

Aku? Tak payah tanya, tak mencari pun… Kerja masih belum tetap, belum puas berpoya-poya, belum beli PS3, belum beli kereta, belum beli rumah, belum langsaikan PTPTN, belum langsaikan hutang-hutang kawan-kawan dan sejuta lagi belum…

Cadangan / perancangan aku adalah paling cepat, lagi 4 tahun (umur 30). Kalau boleh nak isteri beza umur 12 tahun… hahahaha… (tapi kalau dah berkenan, di samping bakal isteri aku nanti boleh sediakan aku PS3, kereta, rumah, langsaikan PTPTN aku, esok juga aku kahwin!)

13 komen:

M. H. Jabbar berkata...

so...bile mau kawin bro? (aku tanya pada diri sendiri dan juga ko) hehe... :)

Unknown berkata...

4 tahun lagi ler.. skang tgh cari budak form 2 ahahaha...

Qider berkata...

tahyul tul ar,camtu aku pon kena kawen ngan org umo 36 ar?lelaki slalunya kalo 36,dah stabil ehehehe okehla,bleh support buku2 yang belambak dalam list menunggu-untuk-dibeli tu..hohoho..bleh support masters aku jgk hurmmm,tp al-musykilnya skrang,ada ke manusia berpotensi sebegitu ye? *wink wink

Rembo berkata...

adoi. jgn sebut terang2 nama i. i malu!

Unknown berkata...

qider: itu rancangan aku, takde sape suh ko ikut pon..

rambo: ala ram, aku tulun popularkan ko yg sudah sedia popular ni.. cane batam?best ke?

Tanpa Nama berkata...

woit..ape ni,aku nk kawin tak ske ke?ape2pn..enjoy suda..tp blum tau puas atau tidak lg..entah la..aku kawin pun enjoy gak..makan halal la woi..hentikan pembaktian drpada tangan2 korang tu...kawin..

Unknown berkata...

lu bercinta sikit punye lame mmg wajib la kawin.. bile beb?anto kad ler..

AchiQue berkata...

"Kerja masih belum tetap, belum puas berpoya-poya, belum beli PS3, belum beli kereta, belum beli rumah, belum langsaikan PTPTN, belum langsaikan hutang-hutang kawan-kawan dan sejuta lagi belum…"

klu ko kira sume jenis 'belum' yg ko ade, mungkin sampai bile2 pon ko x kawen =P

lelaki pon ade fantasi utk kawen dgn wanita kaya eh? aku fikir cuma wanita saje yg begitu.

Unknown berkata...

fantasi? apsal lak? aku kalo bleh nak folo sunnah, kawin org kaye uhuhuh...

tambahan belum: hutang celcom belum langsai lagi...

pasal kerja belum tetap tuh, memang kena keje tetap dulu lah.. 1.3k utk aku sniri tak cukup, lainle kalo kawin anak dato' memane..

pasal berpoya2 tu..kenala tanye org bujang lain, adakah setuju ngan aku..

ps3 plak, kalo dapat hantaran pon ok gak... kereta memang kena beli ler..rumah plak ntahler, macam kena beli dulu.. cadangnye studio apartment memane ke.. PTPN plak mmg kene setel dulu, tak banyak sgt pon, aku amik setahun jer..

hutang kawan2 lak, kang time aku kawen nanti member datang kang dia komen, "kawin boleh, utang aku tak boleh plak bayo"... rasenye la...

AchiQue berkata...

sunnah eh? klu camtu kenela ko tunggu wanita kaye meminang ko....

hutang kawan2 tuh ko mintak halal la time ko kawin nanti. hadiah kawin kononnye...

Unknown berkata...

pasal duit takleh memain beb..

Tanpa Nama berkata...

hahaha.... PS3 tak leh tinggal tu. Ala achik.... ko pun bila nak kawin nyer? tunggu aku dtg masuk meminang ker?

Unknown berkata...

aku jeles ngan ko mohsin.. ujung tahun ni aku angkat..