27 Jun 2008

Selamat Tinggal

Hari ini merupakan hari terakhir aku berkhidmat sebagai temporary executive di Pusat Pengurusan Kualiti Dan Penyelidikan & Inovasi, Universti Terbuka Malaysia.

Penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada Encik Habibullah kerana sudi menghantarkan resume aku yang hina ini kepada pihak pusat aku ini.

Terima kasih kepada kedua-dua bos aku, Prof Zoraini dan Cik Rohaya yang telah menemuduga lantas menyuruh aku mula bekerja keesokan harinya.

Terima kasih kepada Cik Syima dan Che Ros yang banyak membantu aku dalam menjalani tugas seharian.

Terima kasih kepada rakan-rakan sepejabat yang sudi berkawan dengan aku yang tak berapa peramah sangat ini.

Kepada Poji dan Man yang selalu nak lepak bersama aku, dapat juga aku geng kat sini. Idah dan Farah, korang memang suka pasang lagu kuat-kuat eh? Tapi kadang-kadang ok juga lagu pilihan korang.

Ita, terima kasih sebab banyak bagi copy anime kau. Anizul, semoga kau cepat sembuh. Mamat, kau memang best! Niza, kau memang selamba orangnya. Alia dan Surya, korang ok! Juga kepada staf-staf PPW yang tak berapa aku kenal sangat, rasa macam terserempak tu, tegur ok?
Kak Roy, segala teguran yang diberikan akan aku ingat sampai aku lupa, hahaha aku tau aku manusia yang banyak buat salah, teguranmu itu membuat aku lebih rajin (sekejap saja). Prof, terima kasih sekali lagi sebab beri peluang kepada aku merasai pengalaman bekerja di pejabat yang sejuk ini. Tugasan menulis agak seronok, lebih seronok kalau bebas menulis apa saja, tanpa deadline.

Yang aku rasa aku pelajari/alami/jalani kat sini:

  • Jadi mc yang teruk.
  • Menulis artikel.
  • Jadi sekretariat yang tak bagus.
  • Makan lagi sekali sharksfin soup.
  • Dipuji oleh tutor dan Prof walaupun aku rasa aku ni tak bagus langsung.
  • Dimarahi sebab surfing mengarut.
  • Dimarahi sebab balik ofis lambat/MIA.
  • Banyak lagi sampai aku tak ingat dah.

Selamat tinggal Kuala Lumpur, selamat tinggal Sri Putramas, selamat tinggal Pusat Dagangan Dunia Putra, selamat tinggal Menara Dato' Onn, selamat tinggal orang UMNO dan BN, selamat tinggal staf tingkat 10A, selamat tinggal CQMRI, selamat tinggal keselesaan hidup menumpang, selamat tinggal internet kelajuan tinggi!

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarokatuh....

6 komen:

M. H. Jabbar berkata...

so next plan?

AchiQue berkata...

good luck and congratulations to u...

Tanpa Nama berkata...

Hi Bro.. semoga hang sukses kat semenyeh tu hehehe tempat jin bertandang. feel free to get us via sms tau..tak tak tak cukup topup kot hhehehehehheheh

Qider berkata...

p(^_^)q
gambaru!

or0 berkata...

keje kat semenyih dah pon..pc ofis takde internet, emelpon xkasi kat aku.. sekadar balaci melukis autocad jer..

jejakacinta berkata...

Bro, internet kelajuan tinggi merindui ko la Bro, staf OUM gelak bila tgk blog ko kata sana internet tarakkkk....tapi tak pe..kalau balik kat umah kakak ko, jgn lupa singah umah aku kat sentul...