Hari ini aku ponteng kerja (aik, baru keje dah ponteng dah?).
Sebabnya aku kena panggil interview kat syarikat terbesar kat Malaysia ni.
Malam semalam, selepas abis kerja aku terus balik ke KL sebab nak pergi interview tadi. Sampai KL dalam pukul 10 lebih.
Bangun pagi tadi, tengok kat dalam bilik air, berus gigi aku dah dibuang. Camne nak gosok gigi? Aku tanya abang ipar aku ada berus gigi spare, takde pulak.. sental aje berus gigi sape entah.
Siap-siap, pergi tempat interview. Awal aku sampai, sejam setengah lebih awal. Alih-alih diorang tengah buat fire drill. Lepak ajela aku kat tepi hisap rokok.
10.30 baru aku masuk dalam ofis tempat interview tu. Tunggu dalam setengah jam, baru kasi aku borang untuk isi.
Baru tulis Position Applied, bunyi lagi loceng kecemasan. Mamat yg duduk kat depan aku suruh aku join sekali fire drill diorang. Berlari-lari anak la aku bersama-sama staf lain.
10 minit berkumpul, baru naik balik. Time tu perut dah start memulas, interview dah nak start, takkan nak memerut pulak, tahan aje la sambil isi borang.
11.30 sharp aku dipanggil masuk interview. Perut dah tak berapa boleh nak handle dah. Tapi terpaksa kontrol macho. Ada 4 orang interviewer, salah seorang interviewer suruh aku relax, dia cakap aku tense sangat, siap cakap ayat yang biasa didengari, "Don't be afraid, we are human like you too, we don't eat people".
Cakap senang la kan, aku menanggung seksa menahan dugaan yang berat ni manala dia tau.
Soalan banyak tak boleh aku jawab. Tak boleh nak fikir sangat, asyik fikir pasal perut aje.
Lepas setengah jam, habislah sudah sesi interview yang entah ape ape...
Kontrol macho keluar bilik tu, ucap good luck kat next candidate, meluru aku keluar mencari tandas.
Setengah jam jugak aku memerut. Dah setel lega... Bapak boleh telefon aku time aku baru habis pakai seluar. Sembang kejap, ada orang call dia pulak kat telefon ofis dia.
Turun bawah, lepak tunggu pak guard nak ambik lesen aku. Bapak telefon aku balik, dia jeles kat aku ahahaha sebab aku kena panggil interview kat situ. (baru kena panggil interview je la Pak, belum dapat lagi... interview macam hampeh nak dapat camne?)
Pergi solat Jumaat, selesai aje balik rumah.
Dalam pukul 4, abang ipar mintak tolong aku jadi despatch dia sebab dia pening kepala, so pergilah aku ke Jalan TAR.
Dah hantar utusan, aku balik. Dan dan keluar dari traffic light, tiba-tiba berkumandang lagu mawi dari poket jaket aku, henset makcik (mak abang ipar aku) yang aku pinjam sebab henset aku kehabisan kuasa berbunyi rupanya... Aku buat bodoh jela sebab aku tau mesej je yang masuk. Dah masuk Jalan Kuching, acha pulak bersenandung, dalam sesak tu aku angkat jela henset, cakap aku dah on the way balik dah pun.
Isi minyak rm10 dapat 3.703 liter je sekarang ni. Apa boleh buat, nak tak nak kena isi jugak. Esok aku nak angkat moto!
Naik tren kat Segambut dalam pukul 6. Sejam lebih dalam tren. Aku dah tak rasa ape ape sangat ade baby menangis 6 kali sepanjang trip ke Kajang tu. Senyum je aku sorang sorang.
Sampai Kajang aku jalan kaki ke main road di mana bas lalu. Naik bas ke Semenyih untuk pergi ambil MC. Company baru aku ni terima 2 klinik aje MC. Klinik lain tak layan.
Main redah jela klinik kat situ, nasib baik betul. Daftar nama, tanggachi tu tanya aku mana borang dari company, manala aku ade... Bagi jela offer letter aku. Dia cakap kat aku yang aku kena bayar sendiri, lantak jela, bayo pun bayo la... Tak boleh claim pun tak kisah.
Jumpa Doktor Raja, start la mengencing doktor ni yang aku berkali-kali mengulang tandas. Penat jugak nak mengencing doktor ni. Aku cakap betul, memang aku sakit perut, tapi exagerate part mengulang tandas tu. Dan jugak aku baru boleh bergerak nak ke klinik selepas penat berjuang berkali-kali dalam tandas.
Dia pelik sebab pertama kali dalam 10 tahun dia berurusniaga dengan company aku, orang yang baru kerja 3 hari dah mintak MC. Lantak dia la, janji dia bagi aku MC sudah. Dia cakap lagi yang lain kali dia tak nak bagi MC kat aku kalau sakit perut lagi. Demam takpe.
Dah setel, kena rm25, murah la jugak banding KL punya harga.
Patah balik ke Kajang, naik tren ke Bangi pulak. Sampai je cari teksi sapu. Kena rm6. Mahal gile...
Aku takde kunci rumah, ketuk la pintu, takde sape dengar. Berlari aku ke belakang rumah panggil si Rais. Nasib baik ade.
Masuk aje rumah, belum sempat mandi, nampak pulak laptop Jahar ni terpasang, pinjamla buat surfing. Rasa macam menarik aje hari ni, tulislah...
04 Julai 2008
Hari paling mencabar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 komen:
company apa mal? lain mcm beso nya sampai bapak pun jeles....huhu..aku pun jeles gak...ehehe
segan la nak bitau...
la..wat segan plak...company beso apa...tak pe la dah segan nk wat camne...kome tak nak pakse2...hehe
kome = korang = kalian
keme = kami
mike = kamu = awak = kau
teman = saya = aku
deme = mereka = diorang
ate mike nak tau jugak teman intebiu mane? teman intebiu kat wisma guthrie, sime darby plantations ler..
alamak...silap la plak...baru blaja ckp perak la kat liverpool ni...huhu..
wah..gempak jugak tu..kalo ada rezki ko dptla kerja tu i.Allah...
Bro, hang ni buat aku gelak sowang2 depan pc la..apa taknya hang sental gigi guna berus sapa? masa aku gelak..budak2 CTMD toleh kat aku..hehhehehe kontrol..kontrol
takkan nak gi interview tak gosok gigi plak.. dah la pergi tak memerut dulu..
guling2 aku gelak..adeh3x..baguih ar entri hg,ok sket pale aku dok ngadap testing yg nk siap cepat neh..huhu
Catat Ulasan