06 Julai 2008

Motosikalku

Upacara mengambil motosikal daripada tuan punya sebelumnya bermula pada pukul 3 petang tadi di mana aku menaiki komuter ke UKM daripada Bangi.

Menunggu Zdin sampai sambil minum cendol.

Zdin sampai dengan Nuovo putih merahnya bersama tali keledar bucket seat, sarung tangan dan pam angin.

Sampai rumah Rock, membuat pemeriksaan ke atas motosikal tersebut. Pam tayar, tapi angin keluar semula. Rupanya ada lubang pada rim belakang akibat reputan setelah tidak bergerak sebegitu lama.

Ketatkan semua skru, periksa apa yang berkaitan, gerak.

Ditarik oleh Nuovo putih merah Zdin dengan mengikat tali keledar bucket seat beliau keluar dari Taman Jasmin dan terus ke lebuhraya SILK. Tarik menarik selama setengah jam di atas jalan raya.

Singgah di Bengkel Motosikal Chong Leng di Jalan Reko untuk cuba menghidupkan semula motosikal tersebut. Tauke tersebut menyelenggara karburetor yang tersumbat.

Sekali tendang, berjaya dihidupkan!

Pertukaran rim berlaku, Zdin pulang, tinggallah aku keseorangan menunggu motosikal siap.

Selesai, tunggang ke rumah. Rasa sungguh 'cool' kerana bergerak agak perlahan menyusuri jalanraya dan lebuhraya.

Sampai di depan pintu pagar, ke'cool'an hilang setelah enjin mati.

Minyak habis.

Ayuh ke Petronas berdekatan bersama botol kosong!

2 komen:

jejakacinta berkata...

Wei Bro ! motor baru dah kuar ke? hehehehehhehe Motorola?

Unknown berkata...

WAK 7422... moto baru ke?

skang tak boleh start.. ampeh tul..