15 Oktober 2008

Raya aku

Salam Idulfitri kepada semua pembaca blog yang tak berapa nak ada orang ni.

Hari ni dah 15 Syawal 1429H.

Kira lambat la aku punya update raya.

Apa yang aku buat time raya?

Hmm.. raya kali ni mmg agak lain, bukan pelik, tapi lain.

1 Syawal aku kat KL lagi, bangun lambat, tak pergi solat sunat pun. Bangun dalam pukul 9 lebih. Solat rukun apatah lagi... Mandi sunat, pakai baju raya pinjam, turun bawah pegi beli lemang. Memula nak naik moto, tapi tak boleh start, jalan kaki sudah... Makan sarapan lemang, siap2 barang, balik kampung! Jalan clear je, tak banyak sangat kereta. Sampai Ipoh dah dekat pukul 2. Takde sesape pun kat rumah, ade Emak n adik aku jer.. Adik beradik aku yang lain pergi hospital tengok kakak aku yang baru bersalin anak ke-4. Oho lupa plak nak update, aku dapat lagi anak buah baru, jadi sekarang aku dah ade 8 orang. Sila rujuk sini utk family tree aku. (Ejaan banyak salah). Salam dan bermaafan ngan Emak aku, Abang n Kak Waty. Lepas tu pergi ke kubur arwah Abah aku n Farah. Takde pergi melawat sedara mara pun. Balik kampung dah takde orang.

2 Syawal pulak aku pergi amik member aku kat Tasek, hantar dia pergi stesyen bas sebab moto dia rosak. Biasala orang dah ade awek, kenala beraya rumah awek kan? Dapat jugak aku beli tiket balik KL hari Isnin. Lepas tu balik rumah, makan lagi. Tengah hari, aku folo Ba Ar n Bang G pergi tint kete baru. Punyala tak nak pergi beraya punya pasal, aku pergi tint kereta pulak. Murah beb tint kat situ, MPV harga sama ngan kereta sebab abang aku jual kereta, boleh dapat murah. Pastu Kowa n Family pergi balik Kulim dengan tint baru. Bang Meen n family sampai sebelum Kowa gerak. Malam pulak pergi amik member aku kat stesyen bas, hantar dia balik rumah. Dapatla beraya rumah dia yang takde sesape gak.

3 Syawal hari Jumaat. Bangun lambat, lepak2 dah nak masuk waktu Zuhur. Pergi solat, pastu pergi tesco baru bukak dekat rumah aku. Terpaksa beb, bukan minat nak pergi pun pergi hypermarket ni.. Jadi kami ber4 berpelikat ke sane. Sampai rumah nasib baik Mak Nyah aku dah balik. Terlepas, nasib baik. uhuhuhu selamat sikit duit dengan cucu Mak Nyah n Angah yg berapa orang ntah tu.

4 Syawal lepak jugak di rumah. Acik E aku datang beraya.

5 Syawal dah lupa apa aku buat ahahaha...

6 Syawal aku naik bas ke KL pukul 5.20 pagi. Sampai terus naik LRT ke tempat kerja. Jadinya aku bawak beg balik kampung pergi kerja.

Setakat ini cuma 1 rumah je aku pergi beraya. Sebab apa aku tak minat nak beraya rumah sedara mara? Sebab pasti akan datang soalan lazim, "Kamu ni bila pulak nak kawin?" Acik E sorang je la yang berjaya tanya aku soalan tu.

Lain kan raya aku banding ngan korang?

4 komen:

Qider berkata...

kan aku cakap,lenkali kalau deme2 tu tny,amik je jawapan template aku neh,hulur tgn,muka tu buat sposen, cakap,'meh duet'..so far, aku berjaya buat makcik2 aku tobat tak tny dah..

or0 berkata...

oho.. tgu raya tahun depan la...

takpun tiru member aku jer (umo 39) cakap, "Bulan doblas!" tapi taktau bulan doblas tahun bile la..

Qider berkata...

mbe aku lagi best,jawapan dia 'akad nikah mestilah jumaat kan,haa hari sabtu kenduri'..tapi tak tau jumaat dan sabtu bila..hadoii..aku pon dah naik tobat tny dia..

or0 berkata...

obvious sgt tuh..

thn depan punye jawapan aku rancang nak pakai

a. 31 April
b. 31 November

amacam?