Semalam sewaktu aku pergi beli burger untuk makan malam sebab aku ingatkan abang aku ada sediakan makanan malam (dasar freeloader tak sedar diri) aku terasa agak lonely dan inginkan interaksi daripada seseorang. (baca: perempuan)
Sebagai pemula bicara teks kami adalah aku tanya dia hujan ke tak kat rumah dia tu. Al maklumlah kat KL ni tetiap hari hujan, gloomy je jiwa dan perasaan aku yg sedia gloomy ini. So kami berbicara teks mengenai perkembangan aku dan perkembangan member kami yang baru pulang dari Liverpool. Aku cuba tak nak tahu pasal perkembangan dia tapi sebenarnya memang aku nak tahu , sebabnya dia tak suka nak menceritakan dan kalau dia ceritakan aku akan komen yang bakal menyentap dia.
Bila rasa nak masuk tajuk berat, aku (seperti biasa) akan mintak izin dulu samada boleh ke tak tanya dia ni pasal sesuatu. Asalnya aku nak tanya lain tapi aku rasa macam things between kami ni just swept under the rug, jadi aku tanya la situation between us.
Cerita between us ni takdela ape sangat, tapi as she is just being herself, i also can’t help being myself. Aku rasa aku ni orang yang sentimental kut, jadi aku end up patronizing her. Dalam sedar tak sedar, tindakan aku dalam patron mempatron ni membuatkan dia rasa tak selesa.
Aku memang sangat suka berkawan dengan dia ni sebab dia ni straight shooter, takde selindung2 kontrol ayu sangat ngan aku. Tapi aku pulak rasa macam tak sedap hati sebab apa yang ingin aku tanya selanjutnya maybe akan menyentap.
Konon nak clearkan keadaan, tapi tak clear pun, makin berkabut adela.
Jadi di sini aku ingin ucapkan ampun dan maaf x10^n kepada dia sebab membuat dia rasa macam bodoh dan marah kepada aku dari dulu sampai sekarang. Ketahuilah bahawa aku manusia yang tak boleh hidup tanpa kawan. Lebih2 lagi kawan yang baik seperti dia. Aku rasa kami boleh jadi best friends.
Manusia macam aku ni tak boleh nampak benda yang tersimpul dan berselirat, kalau jumpa aku akan cuba sedaya upaya untuk untie them all and susun kemas2 (seperti kerja aku sekarang ni yang bergelumang dengan UTP cable yang menjalar dan berselirat serta bersimpul, aku akan mengolah dan menyusun supaya cantik dan tak kusut serta aman tenteram ketika melihatnya).
Tapi masalah aku, ada time jela aku rasa nak buat macam tu, kalau mood ok aku kemas la.
Namun hakikatnya manusia tak sama langsung dengan UTP cable. Timing aku sangat teruk barangkali menyebabkan beliau rasa meluat nak berbicara teks dengan aku.
Hasilnya point yang aku nak cakap dia tak dapat materialize.
Baiklah saudari, aku akan hormati kau punya keputusan dan aku akan cuba sedaya mungkin untuk tidak menimbulkan lagi perkara itu.
Aku sangat suka kau sebagai seorang kawan. Kehadiran kau sangat diperlukan kerana kau ini pandai membaca aku lebih daripada aku sendiri.
Jadi kesimpulannya di sini sewaktu masih ada Syawal lagi ni, aku sekali lagi memohon ampun dan maaf x10^n kepada kau kerana percubaan aku untuk menjadi seorang yang lebih baik tidak berjaya.
Ultimately, I suck!
p/s: Suatu ketika dahulu aku ada kawan macam kau ni, memang kami best of friends tapi Emak aku tak kasi aku berkawan dengan dia ni lagi sebab dia dah kahwin! Dan dulu jugak aku pernah buat dia dan balaknya (pada waktu itu) bergaduh besar. Tapi berjaya jugakla aku nasihatkan dia ni supaya kembali bersama semula sebab mereka berdua sudah bercouple semenjak dari tingkatan 1 lagi. Alhamdulillah dah beranak dah pun bestfren aku ni. Lama dah tak jumpa mereka ni, time raya tahun lepas adela jumpa time mereka masih berdua. Sekarang ni kami Cuma bermesej ketika besday dia dan besday aku sahaja.
p/p/s: sila gantikan nilai n kepada berapa yang kau nak.
23 Oktober 2008
Sesaje 5
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 komen:
cikgu, boleh saya bertanya?
suck = palat kan?
ultimately, i palat!
why does it sounds wrong?
cikgu, tanya lagi boleh?
ape maksud patronizing & materialize?
suck tu macam sighing dr segi penggunaan ayat aku la..
patronizing lak macam salah je penggunaan aku ahahaha
materialize tu terhasil, terjadi, berlaku
lebih kurang macam tu la..
pulak dah...terus ubah fikiran?
suck tu maksudnye sedut lerr...
ultimately, i sedut...HAHA
atau nak maksud yg lagi keji..ku*um...:p
sukati korang la nak pk ape..
ubah pikiran cane?
cam ade kontradiksi antara entri ni dgn 2 entri yg lepas..
ultimately, i ku*um...
haha. shaggy ko keji la =P
kwn perempuan sorang dah cukup..
kwn lelaki kene ramai2 baru seronok..
welcome to miserable world m fren!
emmm lu pikir la sendiri
sabar jer laa, kuatkan semangat k!
- apitjune
Catat Ulasan