Lantas terdetik di fikiran saya yang kawan saya juga ada bernama Isti dan bapanya Ishak. Syak saya dua orang ini mempunyai kaitan persaudaraan kandung.
Sepantas yang mungkin saya mencapai telefon bimbit dalam poket dan mengarang mesej teks kepada kawan saya itu.
Memang benar, Encik Muhammad Isti Zafri Ishak adalah adinda beliau. Berbalas – balasan mesej teks, kemudian nombor tidak dikenali telah mendail telefon bimbit saya.
Ya, Encik Muhammad Isti Zafri Ishak telah menelefon saya menanyakan saya ada terjumpa dompetnya. Terus saya nafikan kerana memang tiada pun pada saya.
Situasi ini berlaku pada Sabtu lalu dimana saya telah menghadiri...
Menjelang tamat konsert tersebut, dompet Encik Muhammad Isti Zafri Ishak telah dijumpai, syukur...
Ulasan? Saya tak hebat sangat dalam muzik, nak tala gitar pun tak pandai.
Tapi pada pendapat saya dan saudara Acap, kugiran Zip Zieller paling dahsyat antara mereka semua. Vokalis merangkap gitarisnya sangat hebat, menggoreng gitar dan juga suaranya sangat unik. Di akhir persembahan mereka, beliau telah mencampak gitarnya ke arah penonton!
Kenapalah campak ke sebelah sana? Kenapa tak campak saja ke arah saya, biar benjol kepala saya asalkan dapat gitar percuma!
p/s: Saya ada dua t-shirt di atas, satu saiz L dan satu lagi S. Siapa mahu? (oops, dah ada orang tempah...)
0 komen:
Catat Ulasan