28 Januari 2009

Rase macam best aku tulis le, padahal tak le best mane pon..

Benar kata orang2 dulu, hidup ini umpama roda, kadang kala kita di atas, kadang kala kita di bawah.

Itulah yang berlaku ke atas aku pada hari ini di mana aku telah berada di kedua-dua bahagian roda tapi bukan serentak ye...

Seperti yang telah korang sume tau, aku sudah pun meninggalkan Bandar Seri Permaisuri pada dua minggu lepas. Pada masa ini aku tinggal di Seri Kembangan, hence the name bloomness draw di profil aku. Kena ke tak? Sebelum ni profil aku terpampang queen draw town, jadi ke direct translation aku nih? Korang paham ke?

Di mana di Seri Kembangan? Takkan le aku nak bagitau pulak kan? Karang ade stalker aku tau kang susah pulak nanti. Tapi dekatla jugak dengan umah Rambo sebab dia cakap 5 minit je nak ke rumah die. Dah rumah aku pun aku tak bagitau, takkan la pulak aku nak bagitau kat korang rumah Rambo + Tom kat mane kan? (Sebenarnye aku pon taktau kat mane umah derang tu...) Pros duduk kat sini? Boleh isap rokok dalam rumah, ade astro (yang tak boleh tengok dalam hujan), liputan 3g yang lebih baik, kebebasan. Cons pulak jauh dari opis. Tapi setelah mengimbangkan pros and cons lebih baik aku duduk sini, sampai bila nak menyusahkan famili kan?

Berbalik kepada roda tadi, pagi tadi sewaktu pergi kerja sangatlah aman. Takde jam atau kesesakan, takde banyak kereta.. Smooth sailing kata orang, tapi aku takde la naik kapal layar macam Monsoon Cup tu, seronok betul bawak motor kereta tak banyak ni. Selalu dalam 30 minit sampai opis, dapatla aku potong 10 minit pagi tadi. Tapi aku tak jugak sampai awal kat opis, lambat jugak, ate dah gerak dari rumah pukul 8.30 mane idaknye sampai lambat? (btw waktu kerja mula pukul 8.30 eheheh). Jadi kiranya pagi tadi tu aku berada di bahagian atas roda la.

Lagi satu bos tetiba baik ati belanja pulak di waktu kesempitan wang. Kami se-dept dapatlah merasa belanjaan encik bos kami. Alhamdulillah.. Bilela nak masuk gaji nih? Housemate aku tengah kaye raye lepas dapat bonus nih, jelesnye aku!

Bahagian bawah roda pulak time balik kerja tadi, dah turun lif baru sedar hujan lebat. Naik balik, lepak2 tengok tv, sambung baca Sket Dance yang kelakar tak ingat sampai chapter paling recent. Bosan, pukul 9.30 redah jugakla hujan pun hujanla. 45 minit baru sampai rumah. Lambat pun sebab tolong ade brader tu moto tak boleh start.

Tapi bile dah sampai rumah, cek torrent aku. Wah dah siap donlot Trainspotting yang aku donlot semenjak minggu lepas. Lepas ni aku nak layan.

Ok.

Tata.

3 komen:

Shah-Azz, Inc. berkata...

aku baru terpikir gak nak tulis pasal kelancaran perjalanan aku ke tempat keja semalam...tp ko dah tulis so aku komen sini jelah...memang lapang je rase...naik tren bleh duduk, naik bas pon boleh duduk, pulak tu bas laju aje, xde jem sgt...balik pon same, infact aku smp kul 7 mlm kat kl sentral, suatu rekod baru diri (biase kul 8)..klu hehari camni kan beshh..

or0 berkata...

yup mmg best, pagi tadi pon same gak.. tp mase aku balik dr LPT smlm nak masuk MRR2, pergh gile jem.. sambung tido je.. eheh

Qider berkata...

owh..padanla aku cam pelik..rupenye aku cuti seminggu time korang dua berbahagia menikmati kekurangan kereta di jalan raya..hehe..

peh..mmg nikmat melayan angin sepoi-sepoi bahasa di rumah..