07 Julai 2009

Ular masuk rumah

Semalam rumah aku dimasuki ular! Ular sawa kut. Kaler krim, tompok merah, jalur hitam. Paaaaannnnnjjjjjjaaaaaanggggg.....! Beso adela beso peha aku kut. Memula aku nak biar je, pasal fikir kalau ular masuk rumah, dan ular tu tak buat ape2, jangan bunuh. Tapi aku terfikir pulak, wuish, kalo tangkap pon ok gak ni, teringat mendiang Steve Irwin, macam mane dia tangkap ular. Lagipun kaler ular dah pelik, manele tau spesis baru kan?

Jadi aku tangkap la pakai tangan, start adala dekat tengah2 badan ular tu. Tapi mak ai, licin betul... Ular makin terlepas.. Aku mintak tolong adik aku, aku jeritla, "Na...!! tolong Ma ni tangkap ulo ni ha..!"

Adik aku jawap pulak, "Hei san na, kau tung hei san na, hei ya, faiti hei ya!!!"

Rupanya alarm henset aku bunyi. Mimpi rupanya aku ni... Patutla aku ada dekat rumah Mak aku kat Ipoh... Ape pulak maksudnya eh?

Lepas tu, aku tido balik, sepatutnya pergi solat subuh...

Mimpi benda lain pulak. Mimpi pergi blind date kut. Awek yang aku jumpa tu berbadan gempal dan berkulit gelap. Nasib baik aku pergi blind date bawak hosmet aku. Rasa macam nak lari je...

Sekali lagi, terbangun sebab bunyi henset. Kali ni bunyi Final Fantasy 9, bunyi lepas menang tu.. Kalo pernah main tau la bunyi macam mane kan? Ada mesej masuk, nombor tak dikenali. Terima kasih sebab bangunkan aku ye awek tahi lalat di dagu!

Hehehe.. habis kerja, tengok Transformers lagi sekali sebab awek tahi lalat tak tengok lagi dan juga masa aku tengok dengan Ayoub minggu lepas, kami termiss 10 minit pertama...

Tapi bukan tengok berdua tau, berempat, 2 lelaki, 2 perempuan. Balik rumah tadi awek tahi lalat hantar. Esok dia ambik aku pergi kerja. Hujan kan? Esok kena bangun awal. Kerja makin bermasalah.

3 komen:

Rembo berkata...

apsal rambut ko macam askar US baru balik dari Iraq?

Unknown berkata...

aku gunting rambut kat fame salon kat ipoh. salon tu sbnrnye tpt budak2 blajo gunting rambut.

aku suro die botakkan, tapi die bagi alasan tak hensem la apela.. so aku suruh die buat sukati die la..

tu yg jadi camtu..

jejakacinta berkata...

Nasib baik bukan mimpi basah wakakakah