23 Ogos 2007

Diganggu nenek kebayan dan kisah-kisah lain yang menyayat hati…

Amboi, panjangnya nukilan pertamaku! Terpaksalah ku bahagi dua.

5.00 pagi diriku sampai di stesen bas BP. Diriku merasakan tidak mengapalah menunggu 1 jam sahaja untuk menaiki bas bernombor 56 ke Kluang yang biasanya bertolak dalam jam 6.00 saban hari. Seperti yang biasa ku lakukan, menyedut wasap tembakau sambil menunggu, melihat jam tangan, baru pukul 5.10 pagi, ku teruskan dengan perkara kedua yang biasa ku buat ketika menunggu, iaitu membuat seni lipatan kertas atau origami daripada tiket bas. Origami berbentuk burung jenjang itu kulipat dan kulipat, sehinggalah aku tersentak akibat ditegur oleh seorang wanita yang parasnya tidak jelita, malahan sangat menakutkan! Wanita tersebut merupakan seorang kupu-kupu malam.

Aku tidak melayan sangat wanita itu, kuteruskan melipat origami tersebut dan menyerahkan kepada wanita tersebut, kemudian ku berlari ke bahagian belakang stesen bas tersebut untuk mengelakkan diri dari wanita itu. Meninggalkan wanita itu bersendirian, aku mencari tempat bersembunyi, namun wanita itu sempat mengejar ku dari arah berlainan. Untuk mengelakkan dari terus diganggu, aku terus duduk berhampiran pakcik-pakcik pemandu teksi dan mula berbicara dengan mereka.

Reda sikit perasaanku pada waktu itu. Wah.. alangkah takutnya aku melihat muka wanita itu dari jauh, apatah lagi dari dekat! Wajahnya yang seperti nenek kebayan yang cuba menghias diri dengan bersolek itu kurasakan bakal membuat bayi menangis apabila dihampiri wanita itu. Kuteruskan bicaraku dengan pakcik –pakcik pemandu tersebut, namun aku masih diganggu…

Kedengaran di belakang kepalaku bunyi yang sangat kunantikan, yakni bunyi pintu besi yang menutupi pintu kaca kompleks stesen bas itu. Ku tahu bahawa bas pertama yang bakal melarikan aku dari seksaan ini. Ku masuki kompleks tersebut dan terus ku melompat ke dalam bas bernombor 56. Sesudah meletakkan bagasiku, aku duduk di dalam bas tersebut, bersendirian. Ketagihan terhadap nikotin membuatkan aku kembali keluar dari bas tersebut dan ku lampiaskan ketagihanku dengan sebatang lagi. Kemudian, nenek kebayan itu kembali menerpaku dan meminta nombor telefon bimbitku. Aku enggan menyerahkan nomborku kepadanya, lalu wanita tersebut memberikan nombornya kepadaku. Untuk tidak kelihatan tidak sopan, aku mengulangi nombor tersebut. (diriku mempunyai ingatan yang agak kuat dalam mengingati nombor telefon). Beredarlah akhirnya wanita itu dan pemandu bas dan konduktor pun sudah bersedia memulakan tugasnya pada hari ini.

Kutinggalkan Bandar Batu Pahat dengan perasaan muak dan aku hampir muntah… Siapalah manusia yang sanggup melanggan wanita itu? Adakah mereka buta? Rabun? Atau adakah kerakusan nafsu membuatkan manusia hilang pedoman?

......................................................

Sesampainya diriku di Susur Tembikai, kulihat tiada motosikal EX-5 kepunyaan Encik Miur Jailali Ikram di hadapan rumah. Barulah ku teringat bahawa Encik Shaggy telah menelefon pada hari Isnin ketika basku baru mula bergerak ke KL mengatakan bahawa motosikal tersebut sudah dikunci dengan rantai kerana telah diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya, yakni di kawasan bawah atap di Sayap D Kompleks FKEE. Kumasuki rumah, kuberi salam yang tidak di jawab sesiapa dan terus menuju ke bilikku di tingkat atas. Encik Shaggy masih tidur lalu ku kejut untuk solat.

Setelah bersiap, kami menunggu Encik Hairol yang kacak (sudah berpunya) untuk menumpang kereta beliau ke kelas. Singgah bersarapan di Restoran VM, dan terus ke Sayap D Kompleks FKEE untuk melihat motosikal tersebut. Kemudian terus ke bilik MRSD untuk kelas Fabrikasi.

Tidaklah aku terlalu mengambil perhatian tentang pengajaran di kelas kerana diriku sibuk mendaftar blog ini…

..................................................

Jam 11.30 terdapat pertemuan bersama dekan FKEE, jadi sebagai ketua (yang tidak bertanggungjawab) hendaklah aku sampai lebih awal, jadi selepas di ajak oleh Cik Junaidah yang comel aku terus bergerak ke Bilik Seminar 3. Tidak mahu terlibat dengan majlis tersebut, aku meneman Encik Nasriq menunggu makanan tengahari untuk dihidangkan. Aku telah menurunkan pangkatku kepada AJK Biro Makanan..


Encik Shaggy menjawab soalan dengan tidak menjawab soalan.



Setelah selesai majlis, diriku dan Encik Shaggy menumpang Encik Shafiq ke pejabat keselamatan untuk menuntut kembali motosikal. Rupa-rupanya tarif saman sudah naik seiring dengan kenaikan taraf KUiTTHO kepada UTHM, biasanya saman meletak kenderaan pada era KUiTTHO dalam RM5 sahaja, kini sudah meningkat ke RM50! Apa kejadahnya? Dengan lemah-lembut ku meminta supaya saman tersebut dikurangkan dan akhirnya dapatlah kami saman bernilai RM20 yang bayarannya dikongsi separuh.. (bersama syarat-syarat lain)

Hari yang cemerlangkah?


Gambar hiasan: Seekor kucing yang bermata sedikit juling.

6 komen:

Tanpa Nama berkata...

En saggy menjawab soalan dengan tidak menjawab soalan?

huhu

Shah-Azz, Inc. berkata...

yaa tepat sekali mr hairol..

"xpaham...xpahaammm..." kata pensyarah & pelajar serentak..

Unknown berkata...

huhuhu..btul btul...!

Qider berkata...

aku pon blur..(sambil menggaru2 pale)..

Tanpa Nama berkata...

nenek kebayan nak jual insuran kot.(bisik hatiku)

Tanpa Nama berkata...

nenek kebayan jual bdn da...huhu