Tanpa disangka, empat tahun sudah berlalu...
Di waktu Malaysia dalam kegembiraan, tidak pula aku. Kenapa? Pada hari ini, empat tahun yang lalu, ayahanda kami yang tersayang telah pergi meninggalkan kami sekeluarga.
Pada ketika itu aku masih berada di Parit Raja, cadangku ingin pulang tapi di halang oleh ayahanda ku sendiri mengatakan aku baru sahaja pulang minggu lepas. Keadaan kesihatannya yang beransur pulih menambahkan lagi sebab untuk tidak pulang. Tetapi pada 30 Ogos 2004, ayahanda ku kembali di masukkan ke hospital. Dengan keadaan telefon bimbit ku yang juga kesakitan, berita mengenainya lambat sampai kepada ku...
Malam merdeka ku diisi dengan sambutan di Dataran Penggaram, tanpa betul-betul menikmati keseronokan, aku mengikut sahaja sahabatku ke sana. Pulang ke rumah sewa, ku sumbatkan semula wayar pengecas bateri telefon bimbitku... Sebegitu banyak sekali panggilan yang tidak di jawab, mesej apatah lagi. Kemudian abangku menelefon mengatakan ayahanda sudah tenat, dan aku disuruh mebaca surah Yaasin sebanyak mungkin, jadi aku terus melakukannya. Di waktu aku mebaca surah tersebut, ada sahaja mesej yang masuk memberitahuku tentang status ayahanda.
Kemudian, pada jam 2.30 pagi, ayahanda telah pergi, untuk selamanya. Tinggallah kami sekeluarga dalam kesedihan. Kalau diikutkan hatiku, mahu sahaja aku terus pulang menaiki motosikal pada waktu itu juga. Tetapi keluargaku menyuruhku supaya sabar dan naik sahaja bas pertama ke Ipoh. Jadi pada pukul 8.30 pagi aku menaiki bas ke KL. Sesampai di KL terus sahaja aku mengambil bas ke Ipoh, tetapi bas itu berkeputusan untuk melalui jalan biasa, bukan lebuhraya seperti aku inginkan, dan aku tiba lewat di rumah. Tidak sempat melihat ayahanda pada kali terakhir. Cuma batu nesan sahaja dapat ku lihat... Ku sedekahkan surah Yaasin dan pulang.
Tetapi untuk apa dikenang kisah lalu? Teruskan sahaja kehidupan... Ikuti keseronokan kami di Majlis Konvokesyen ke-6 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di nukilan seterusnya..
0 komen:
Catat Ulasan