Entri di bawah merupakan ujian untuk melayakkan aku bekerja sebagai Temporary Executive di Centre for Quality Management & Research and Innovation (CQMRI) atau dalam Bahasa Melayunya, Pusat Pengurusan Kualiti & Penyelidikan dan Inovasi di Open University Malaysia (OUM). Aku diarah untuk menulis suatu laporan mengenai pencarian kerja aku dengan jumlah perkataan sebanyak 300 ke 400 patah perkataan. Jadi selepas selesai temuduga bersama ujian tersebut, aku diterima bekerja di sini dan dikehendaki memulakan kerja pada 16 April 2008 (keesokannya), sehari sebelum ulangtahun kelahiran aku.
Semalam merupakan hari aku menyambut ulangtahun kelahiran aku, jadi aku sudah berumur 26 tahun 1 hari pada hari ini. Hadiah yang aku terima merupakan pekerjaan ini dan sehelai tali leher yang berwarna maroon berkilat diberi oleh Ketua Pusat (Boss) aku, Prof . Dr. Zoraini Wati Mohamed Abas.
Setakat ini, kerja aku yang telah diberi adalah membuat peta laman bagi CQMRI yang akan dirombak semula. Jadi aku telah disuruh untuk melayari internet bagi mendapatkan idea bagi layout dan peta laman. Maka pada dua hari pertama bekerja, tugas aku cuma melayari internet sahaja. Petang semalam pembentangan tentang kerja aku telah dibuat dan aku di kehendaki melakar secara kasar layout tersebut dan pada hari Isnin depan akan dihantar kepada pihak berwajib untuk terus membangunkan laman tersebut.
Agak mudah kerja ini kan? Ya betul. Sangat santai, cuma perlu pandai ’cover line’ sebab kalau melayari internet yang mengarut terpaksalah menjenguk-jenguk ke belakang kerana bilik Boss berada di belakang aku.
Disamping itu, di sebelah kiri aku merupan kawasan di mana pendawai kokot gergasi berada, jadi semua manusia dalam pejabat ini akan ke meja aku untuk mendawai kokot dokumen mereka. Di sebelah kanan pula terdapat mesin faksimili dan mesin penyalin. Tidak lupa juga komputer yang ku pakai ini disambungkan kepada mesin pengimbas. Ini bermakna meja aku ini memang menjadi tumpuan ramai.
Petang ini aku dikehendaki pergi ke Theatrette OUM yang terletak di mana ya? Aku sendiri kurang ketahui, mungkin di OUM Jalan Tun Ismail barangkali untuk menghadiri Academic Tea Talk bertajuk Technology Implementation in Higher Education : Kuwait University’s Perspective. Apa yang bakal berlaku nanti? Tunggu dan lihat sahajalah...
Terima kasih diucapkan kepada Encik Habibullah di bahagian kewangan di atas bantuan beliau menghantar resume aku ke sini.
--------------------------------------------------
Sambungan / pembetulan entri di bawah:
Aku tersilap sebenarnya, temudugaku yang pertama bukan di International Logging, tetapi merupakan temuduga terbuka yang di jalankan di Hotel Hilton Petaling Jaya pada 8 Mac, Motorola Corporation (Electrical Engineer). Yang kedua International Logging (Service Engineer) di Bandar Puchong Jaya pada 19 Mac (Rabu, bukan Khamis). Seterusnya juga merupakan temuduga terbuka di Subang Jaya tetapi berhampiran stesen Komuter Batu Tiga pada 3 April oleh BCC Technology (Project Engineer).
Keesokan harinya pula, atas bantuan Saudari Nur Firdaus, aku menghadiri temuduga di Mimos Technology Park Malaysia (Associate Researcher). Kemudian pada 12 April pula temuduga terbuka di Carsem Semiconductor di Jelapang, Ipoh (Test Engineer). Dan terakhir sekali di OUM PWTC pada 15 April.
Temuduga seterusnya pula pada minggu depan, 23 April di tingkat 21 PWTC, Kementerian Pelancongan Malaysia (Jawatan Khidmat Singkat) di atas bantuan Saudari Yang Zarma. 24 April pula U Mobile di Jalan Raja Chulan. Esoknya pula PTD Assesment Center di Tanjung Malim.
Penatnya mencari kerja. Kerja sekarang ni aku terima sahaja sebab takkanlah aku nak menganggur sahaja sedangkan orang nak beri aku wang bukan?
18 April 2008
Kerja
tukang taip: Unknown ketika 12:41 PTG
label: Going Ons, Pengumuman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 komen:
jamal san,
p(^_^)q
gambaru!
new job..new life..new hope...
cheers...
new hobby hopefully
new girl? perhaps...
perhaps..
new girl?ampeh..
lama x melawat blog ni. mmg ssh cari keje. aku dh rasa sblm ni. tp lg ssh nk cr new girl yg ideal wlpn girl tu byk..huhu.
aku encourage ko jdk engineer jugak. dont waste ur degree. gluck
how's ur PAC?
my PAC? wait for new entry..
Catat Ulasan