21 Julai 2008

Hujung minggu bermakna

Sabtu lepas bekas pelajar INSEP 2007 telah diraikan oleh pihak UTHM dalam majlis konvokesyen.

Aku pun terlibat la jugak sebab aku pun budak INSEP gak kan? Persediaan awal aku nak pulang ke Parit Raja tak lain tak bukan beli tiket bas. Ahaha, aku beli tiket bas sikit punya jauh, balik kerja hari Rabu lepas, terus aku menuju ke stesen komuter Bangi. Naik tren, turun pulak kat Tasik Selatan, tukar naik LRT ke Plaza Rakyat. Turun situ cadang nak ke Puduraya, alih-alih ade pulak kaunter tiket Transnasional kat stesen tu. Beli jelah tiket kat situ, pastu jenjalan KL. Bukan jalan sangat pun, gi makan je. Pastu balik le...

Hari Jumaat lepas kerja aku memecut motosikal aku yg tak berapa boleh nak pecut. Selalu balik rumah dalam 45 minit, berjaya pulak balik dalam 2/3 daripada tu. Mandi, siap beg, gerak ke stesen Bangi. Kali ni turun kat Segambut, abang ipar aku dah tunggu kat situ dah pun. Singgah rumah kakak aku, ada pulak Najwa Batrisyia kat rumah, punyalah seronok dia Achik Jamal dia balik. Siap melompat-lompat. Terharu aku. Siap beg lagi, ambik baju kemeja, tie dan kasut aku. Makan... Kejap je aku kat rumah tu, setengah jam je sebab pukul 10 bas gerak. Dalam 9.30 aku mintak diri, salam ngan pakcik dan makcik, alih-alih si Tisya nangis sebab aku nak gerak dah. 2nd time orang nangis sebab aku nak tinggalkan dia. Kuat pulak tu, lagila terharu aku. Sayu dan syahdu aku dibuatnya, mata aku pun dah berkaca.

Naik bas pukul 10. Sayu dan syahdu tadi tak hilang lagi, sedar-sedar aku dah mengalir air mata!

Sampai BP pukul 1.50. Berahim n Shaggy dah ade tunggu, Aleng lagila lama dia tunggu. Kena tunggu Daus pulak. Sembang jela sambil menunggu, Aleng dah jadi Cikgu! Shaggy jadi budak GREEN, Berahim tido dalam kereta Saga baru dia. Dekat sejam, baru Daus sampai. Gerak ke Parit Raja yg sudah lama ditinggalkan. Singgah minum, gerak rumah Daus. Tido dalam pukul 4 lebih.

Bangun dah pukul 7.30. Start majlis pun 7.30 jugak. Selamba aje... gosok baju, seluar, jaket INSEP. Mandi dan bersiap, gerak ambik Ikmal pulak, sampai Ito pukul 8.40. Tak start pun lagi, ceh 'Malay Promise' je 7.30... pukul 9.30 baru la start. Tapi ok jugak lambat start, boleh sembang-sembang dengan ahli meja bulat (ke bulah?) yang lain. Sebelah kiri aku Daus, diikuti Shaggy, MatYuz, PakJoe, Fir, Jun, IstiAni dan sebelah kanan aku Cida. Update la ape yang patut pasal diri masing-masing.

Ambik sijil ikut meja, kami meja nombor 10. Naik la sorang demi sorang. Sampai giliran aku, terima dari Dekan FKEE baru (yeke baru?), Prof. Madya Zainal Alam Haron yg pernah ajar aku Teori Litar Elektronik dan Signal kalau tak silap, dan kalau tak silap, kedua-dua subjek tu aku FAIL!! ahahaha amik ngan lecturer lain baru lepas... Siap beliau suruh senyum, tengok kamera lagi. uhuhuhu layankan ajer..

Hah, lupa lak yang dapat gak jumpa Nurul, Lan, Vivi, budak2 meja sebelah (RKA) dan ramai lagi yang-aku-kenal-muka-tapi-aku-tak-ingat-nama. Makin teruk ingatan aku, tapi ade jugak la yang aku ingat, takkan semua nak tulis sini kan?

Dah selesai, makan. Kejamnya budak2 semeja ngan aku ni. Tak tinggalkan ayam untuk aku. Kecik hati ayam. Habis makan, tamatlah sesi konvokesyen INSEP. Semua orang berebut nak ambik sijil dan transkrip, termasuklah aku tapi aku agak cool sebab aku boleh pegi lepak berasap ngan MatYuz. Dah sampai giliran aku, dapatlah aku sijil dan transkrip aku.

Gila gempak result aku! 3.99 beb! Semua A, kecuali Entreprenuership dapat A-. Tak tahu la aku nak gelak ke nak nangis.

Folo derang punya plan, main boling kat BP Mall, sampai sana, derang tak sampai lagi pulak, lepak dulu minum kopi. Dah nak abis air barula geng2 lain sampai. Bowling alley penuh, tukar plan pergi Summit tgk wayang.

Nak tengok Dark Knight, kena duduk depan pulak, beli la tiket Super Sapiens 2 oooppss Hellboy 2. Show lambat lagi, MatYuz yg tak join tetiba boleh join pulak. Pergila main boling kat Summit pulak. Sampai situ, Waloq and the gang pun ade gak. Aku join lambat, main jela 3 orang ngan MatYuz dan Daus. Tapi kami main 2 game, derang main 1 je. Aku 1st game dapat no 2, 2nd dapat last. Memang macam tu la aku, 1st game ok, 2nd bahu kanan dah sakit walaupun aku ambidextrous kalau main boling.

Lepak minum kat kedai dalam boling tu. Pukul 5.10 baru gerak ke GSC, 12 org semuanya. Shaggy, Berahim, Ikmal, Daus, MatYuz, Aleng, PakJoe, Aina, Fir, Jun n who? (tak diperkenalkan dan tak memperkenalkan diri) dan Aku. Lawak Hellboy 2 nih. Tapi part lawan raja pokok aku tido. Shaggy pun same ahahaha..

Ha, lupa pulak, terserempak dengan Iza dan who? (tak diperkenalkan dan tak memperkenalkan diri) jugak. Pergh.. sudah maju saudara kita ni. Pegang tangan tak lepas. Huhuhu kantoi! Aku pun kantoi gak, boleh tercakap kuat2 sampai si Iza dengar, toleh belakang, sengih kat aku. Hahaha.

Daus pulak terpaksa balik awal sebab nak hantar Ikmal balik sebab kakak si Ikmal dah balik. Jadi aku folo MatYuz pulak. Lepak kat Permatang Pasir (ke Bukit ha MatYuz?) dalam kereta sambil merokok. Derang dah sampai dulu kat BP Walk. Sampai awal sikit je dari geng Fir. Makan sup kambing aku malam tu. Best best!

Masa berpisah boleh pulak tak bersalaman ngan MatYuz. Tak puas hati aku. PakJoe aku tak kisah sangat sebab tak berapa close gitu. Sampai rumah Daus, dia ajak ngeteh. Ngeteh kat mana? Tepi laut sambil makan kerang. Uish.. rindu siot makan kerang kat Sungai Lurus. Air pulak tengah pasang, kuat jugak ombak. Berempat je kami, Daus, Shaggy, Aleng dan Aku. Time nak balik bungkus lagi 4. Satu untuk Aleng, 3 untuk family Daus. Sebelum balik singgah hantar bungkusan yg Aleng beli tu kat rumah sape ntah? Sape wanita itu di hatimu Aleng? Ahaha...

Sembang-sembang sikit, semua pengsan. Aku orang terakhir pengsan sebelum Berahim. Berahim join family Daus makan kerang sekali rasanya. Naik saham Berahim di pandangan Mak Daus dan adik-adik perempuan Daus. Hahaha. Berahim balik pukul 7.00 pagi camtu, katanya ada meeting. Apela kerja hari Ahad, orang gila je kerja hari Ahad. Hahaha.

Bangun tido, lepak2 Daus bagitau yg Mak dia nak pegi Kluang. Gegas la siap. MatYuz belum balik lagi, so ada peluang lepak ngan MatYuz lagi. Dia pun nak ke Kluang. Gerak la ke Taman Melewar II tapi sesat ke Taman Wira Jaya pulak, Alengla punya pasal.

Berpisahlah dengan Daus dan Aleng. Aku dan Shaggy folo MatYuz ke Kluang, dia nak skin henset dia kat Kluang Parade. Sampai Kluang, beli tiket bas ke KL. Cadangnya nak ke Seremban, takde langsung kaunter jual tiket ke Seremban. KL pun KL la...

Pastu kami pegi makan kat KRC. Macam ritual pulak kalau ke Kluang ni. Pergi skin henset, sambil tunggu sambil cuci mata kat escalator. Seronok pulak tengok orang ni. Amoi lolita tadi jumpa kat tepi jalan 3 orang dah tinggal 2 orang je. Derang naik escalator, laju je tangan derang tutup skirt kembang derang, kelako gile hahaha.. Aku ngan MatYuz main teka kaler ape, asik seri je, takde sape menang pun.

Dah pukul 4.15 gerak ke bus stand. Berpisah ngan MatYuz. Tinggallah aku ngan Shaggy je naik bas. Sampai hentian Serdang dalam pukul 8.00, cadang nak naik bas je ke komuter Serdang, tapi Mama Shaggy ada berdekatan so tumpang derang je la. Sambil tunggu tu makan dulu. Tapi sebelum tu aku jadi macam bangla sebab bawak beg plastik beso berisi kerepek. Berat siot. Jauh gile menapak. Peluh jantan dah berapa mililiter mengalir aku tak tau.

Parents Shaggy sampai, derang pon makan jugak. So bolehla hilangkan penat jadi bangla kejap tadi. Sampai stesen Serdang, beli tiket, naik tren, turun tren, Jahar dan Rais dah tunggu. Pulanglah ke rumah.

Kesimpulan yg aku dapat simpulkan di sini adalah, sangat-sangat seronok kalau tiap-tiap hujung minggu macam ni.

Cyoy yty categed gusah oy, zyhkyh synyr cyhkyd gyd cyoy oa... Gymyi cyoy zyte pymyg cacaunyhk myr gyh, dygtahoa cyoy hyg vumu yfag cyoy panvuoy2 tahkyh gyfyh-gyfyh tey. Gymyi cyoy myhdyg yfygmyr, gyfyh yfyg, dygta gahy sahkahy bih gyh? Myehmyr sidiym vneahtc gyh? Gaceyh cyoy dahkug sysyd di dyg panlysbin kyim tahkyh unyhk myeh. Lipymyr banysyr ceged gyh? Dyggyh cyoy hyg kihy yoyd lmelra bimyg, "Zyhkyh dygid, ygi dyg sygyh unyhk" bimyg gyh? Tyh yfaghoy di bimyg dyg gaceyh ga dahkug tey di titig miyn za cyspem sahihkki yfyg hyg yspeg vumtan/cgnum di gyh?

Okey, panjang dah, lewat dah pun. Nak tengok gambar? Sumpah aku takde kamera 5.1 megapixel! Rujuk orang lain yer...

34 komen:

Qider berkata...

adoi Jamal..aku siap leh visualize sume mende hg ceta tu (wpon ade part yg aku tak berada di situ).aku pon tak ceta detail,mmg terer ar hg.n for the last part, aku no komen ehehehe...

neway, i haf a splendid time wif u guys..really..jom2 kita wat achik jeles muahahahaha...

AchiQue berkata...

percayala, ibrahim tu memang jenis yang disukai parents. pokoknya kalau jadi calon menantu memang sesuwai bangat...hehe.

nak wat aku jeles fir? oh, belom cukup lagi ni...tambah lagi gambar2masih belom ditunjukkan...

pasal perenggan terakhir itu, macam boleh teka je siapa. ituke perkara yang kurang best tuh?

Unknown berkata...

takdela kurang best pon sangat, tapi kalo dah bawak tu kasi kenal la sume orang.. jangan bawak kalo nak simpan, aku cool jer.. alih2 org tu time aku tulis entri nih bleh nak ajak 'gaduh' lak.. aku tak berapa nak layan, dah ngantuk dah pon.. klako jugak..

aku tidak jeles! aku jeles kat iza jer.. takdenye aku jeles dah ngan orang itu.

AchiQue berkata...

uik, aku ade kate pon hang jeles. x terfikir pon kat kepala otak aku nih.

lagipon seriously, (ni bukan la aku nak backing ko ke ape) aku akan rasa semacam jugak kalau my fren (not necessarily someone yg aku pernah suka) bwk a fren tapi xnak kenalkan kat aku. awkward situation beb!

papepon orang tu ade sebab tesendiri kot....

Unknown berkata...

bukan ko yg cakap, tp org tu tny aku samada aku jeles ke.. aku rasa dia dah/akan baca entri ni sebab tu aku cakap sekali lagi...

Shah-Azz, Inc. berkata...

adoiiii terase teraseee...lepakle dulu, korang pantas sgt arr...

em anyway, si pembawa boypren mmg ade memperkenalkan boyprennye kat aku, so on my part, aku rase ok aje...maybe kat ko, lain sket huuuhu..

AchiQue berkata...

tula aku kata orang tu mesti ada sebab sendiri. tapi encik or0 ni hangin semacam jek.

PMS kot.

rilek beb. rilek....

Unknown berkata...

PMS? ye kut..

aku cool sebenarnya, tp bila dia siap nak mcm feedback dr aku, tu yg kureng sikit..

okeh, kita tukar topik kepada gambar, bile nak upload?

AchiQue berkata...

cool? elleh.......................

oh shaggy, upload la gambar cepat...

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

lepak escalator ade gamba eh? mane?

Tanpa Nama berkata...

wehhhhh xbaek dowh ngutuk org mcm tu part last tu...kalo org tu bace mau x kecik ati...kt kene la prihatin perasaan org...

ckap kene berlapik bro...

Tanpa Nama berkata...

or0: Sy menyesal gile bc entry awk kali ni.sy xsangka sms sy aritu awk dh salah anggap.thx bg opinion mcm ni!

Yuz: "nti baru ada org nyesal x lekat ngn ko." aku ingat aku dh kenal n anggap ko kwn yg paling baik tp xsangka jg kan..

Tanpa nama: Thanks

Kwn2:Thanks a lot

Unknown berkata...

tanpa nama: aku tak ngutuk, just menyatakan pendapat.

junaidah: itu la pasal, mmg agak terganggu time tuh eheheh.. nak marah? marah ler.. mmg kita ni susah sket nak communicate @ sy yg kurang paham @ entahlah.. tak puas ati lagi telefon la sy.. kredit abis xleh balas msj dah skang..

Tanpa Nama berkata...

Or0:"mmg kita ni susah sket nak communicate @ sy yg kurang paham @ entahlah.." ye sy marah..

Qider berkata...

ala.. :-(

Unknown berkata...

marah eh? tak koser nak memujuk.. mintak maaf boleh la kan?

AchiQue berkata...

wah, sebenarnya aku baru perasan ada one heated argument over here.

jun: adakah ko marah juga sama aku?

sebenarnya kamu berdua mempunyai isu yang belum selesai. sebaiknya kamu bermuzakarah.

jun, jangan mrh matyuz. dia cakap macam tu tak bermaksud dia tak anggap ko kawan dia.

p/s: maaf ya. aku bukan nak menyibuk. tapi aku care pada korang berdua.

Tanpa Nama berkata...

aku nk kate korg x matang tp masing2 da tua...lg tua dr aku nie...masing2 ade OTAK bole pk mane buruk so mane baek mane OTAK korg???pk la sket prasaan org!!!

bru skunk nk ckap miss communicate lah dulu xnk ckap awal2...pelik aku bila org tua brperangai mcm bdk2 especially ko JAMAL...

AchiQue berkata...

oh encik/cik tanpa nama, kenapa encik/cik begitu emosi?

anda kata anda lagi muda dari kami? kalau begitu lebih baik sekiranya anda tidak mencampuri urusan orang2 tua seperti kami ni. tidak sesuai untuk anda.

hal mereka biarlah mereka yang selesaikan. nak gaduh ke nak perang ke terpulang pada mereka. outsider macam kita ni duduk diam2 sudah la. lagipon anda bising2 kat sini bukan dapat hadiah pon.

[tengok, aku plak yg melebih-lebih]

Unknown berkata...

ngeh3x..

aku xbrape nak komen sangat, lantak aku la aku nak cakap ape, lantak ko la ko nak cakap ape kan? encik/cik tanpa nama oi.. kalo aku ngutuk pon, aku ngutuk direct je, takde sembunyi2 di belakang pseudonym tanpa nama macam ko..

ari jumaat ni ari baik, bulan baik lagi plak tu, buat pe nak emosi2 kan? dan satu lagi, who's ur bro? aku rase aku bukan..

tq achique kerana cubaan menjadi orang pertengahan.

salam...

Qider berkata...

aah..(kan aku plak nak menkomen skali,sebelum ni aku biar je),len kali kalau nak kritik org,tak payah pakai tanpa nama,itu kerja org pengecut.

[alamak achik,aku pon sm nak melebih2..ehehe]

Unknown berkata...

post telah diedit semula.. uhuhuhu sape paham dia paham la, kalo tak paham, buat2 paham uhuhuhu

Unknown berkata...

mintak maaf semua klau aku salah disini. tamatkan kontroversi. since pemilik blog pun dh amik penyelesaian. aku pun tak der niat nak sakitkan hati org sebenarnya tapi rupanya ada yang terasa.

my deepest apologies to everyone.

AchiQue berkata...

sekali sekala berperang seronok juga kan?

hehe. semoga semuanya akan menjadi baik.

Unknown berkata...

hoho. lu dah delete komen lu eh?

Unknown berkata...

huhu. klaula semua org open minded n care free cm krg aku xksh. berperang mulut ni mmg menyeronokkan. sygnya tak semua org cam tu.

sorri ler ikutkan ati nak biar je tapi ko pun dh mengedit post ko. so dh tak original lg. delete sje solution terbaik.

Unknown berkata...

aku pon sbnrnye xnak edit, jun pon ckp tak payah edit, tp kang tanpa nama emosi plak lagi kan? baik aku edit jer..

Qider berkata...

tak payahla delete..biar aje.kate sume org open minded kan?

err jamal,sumpah aku takde photogenic memory,langsung aku tak ingat n paham mende yg hg edit tu..

malehnye nak keje rini..ada sesape nak ikut aku monteng keje n g tgk wayang tak?the mummy cam best je..huhu

Unknown berkata...

jom tgk dark knight ler.. semalam kempunan nak tengok..

Qider berkata...

aku dah tgk..besh gile (mata berbintang2)..aku nak tgk the mummy..huhu

Unknown berkata...

aku redah alamanda jerlah esok lepas keje sensorang... esok gaji yeay!!!

Daus berkata...

lor ape cer....aku lambat

Unknown berkata...

lambat sangat bro, sebulan lu lambat...