Sepanjang minggu ni (Jumaat lepas sampai Jumaat ni), aku sakit mata!
Sebabnye, ari Rabu minggu lepas aku balik rumah agak lambat, dh pukul 7.30 camtu kot. Nak balik rumah kena meredah hutan gak la sebab jalan paling dekat. Time senja, paham2 je la, banyak unggas, serangga beterbangan...
Sampai satu keadaan, adela sekor binatang ni boleh plak terbang masuk ke dalam mata aku.
Gesek2 mata, tak keluar2 pon.
Lupa lak nak cuci mata lepas sampai rumah.
Esoknya pulak colleague aku tegur mata aku ade bengkak sikit. Buat bodo aje la aku.
Jumaat mata aku besar dah. Barula pergi klinik. Tak dapat MC.
Sabtu balik Ipoh, kenduri doa selamat + naik buai Najwa Zara. Makin beso mata aku.
Ahad malam sampai umah sini, Isnin pergi kerja pakai spek itam. Kacak jugak aku ni rupenye...uhuhuhuh, sume colleague tegur aku nampak lain. Ceh. Pergi klinik lagi sekali, klinik lain pulak, klinik yg aku pernah pegi dulu tu... Dr Raja kasi MC ari tu. Setel2kan kerja, balik umah, tido.
Esoknya pulak, malas gila nak kerja, lepak depan tv sampai pukul 2, pergi klinik kerajaan pulak. Lagi best, cuti 2 hari dia kasi. Balik rumah, siap beg, pergi rumah kakak aku, melawat Batrisyia n Zara.
Jadinya aku kerja minggu ni 2 hari je, Khamis dan Jumaat. Nasib baik bos gi HK, kalo tak memang tak aman cuti aku.
Jumlah duit dibelanjakan untuk MC = 23+25+1 = RM49.
ok ke?
02 Ogos 2008
Sesaje 1
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 komen:
siul la ko post psl sakit mata (sbb aku pun tgk sakit mata ni). tapi takdela pakai spek itam gi keje.
MC smpi 49 henggit ea. yg seringgit tu plg berbaloi.
aku sakit malas nak keje..sakit nak weekend ja,takmo weekdays.. ;-p
Catat Ulasan