Blog ini forever alone.
Macam kereta tuannya, forever a loan.
14 Februari 2012
30 Mei 2011
09 September 2010
puasaku yang rongak
sempena idulfitri yang mulia ini aku nak mengucapkan selamat hari raya idulfitri, eid mubarak, maaf zahir batin!
sempena idulfitri yang mulia ini juga aku nak menceritakan mengenai puasaku yang rongak!
segalanya bermula pada 1 Ramadhan 1431H bersamaan 11 Ogos 2010M, malam sebelumnya, aku tak tido sebab masih kemaruk dengan tv baru in conjunction with a plethora of anime dr zard, movies n series dr tapa, dan juga my mighty 2TB HDD, Phenom x3 HTPC (boleh panggil ke tak ni?)..., aku merasa kelaparan ketika detik menghampiri 4 pagi...
tapa balik temerloh, nak sahur bersama family katanya, zard pulak memang pastinya tidak berpuasa, jadi terpaksalah aku sahur berseorangan..
getus hatiku, "bungkus pon cantek gak, boleh layan anime/movie/drama sambil sahur!" ketika dalam perjalanan menuju ke ketidaktahuan (oblivion) kerana aku memang tak tahu nak beli makanan kat mane.
atas khidmat masyarakat yang ditaja oleh zard dengan meminjamkan aku moto pinjamnya itu, dan setelah berpusing2, tibalah aku ke 7-11 BTS yang berdekatan dengan sup meletop.
menambah bekalan nikotin yang semakin surut di 7-11, lantas ku terus ke sup meletop dan sekaligus memesan nasi putih + sup perut + limau suam 2. aku order limau suam sebab tengah sakit tekak + batuk2.
bergegas pulang selepas pesanan siap, aku menuangkan nasi dan sup ke dalam mangkuk. separuh je muat pon. separuh lagi biar dalam plastik. zard dah jeling2 plastik tersebut. aku buat bodo je. mengenden la tu...
mantap betul sup meletop. terangkat dan meletop! te ba bo! sedap! zard kembali menjeling-jeling, aku masih buat bodo. zard menjeling-jeling, aku buat bodo. zard menjeling-jeling, aku buat bodo je.
"abis ke tak sup tu?", akhirnya beliau menuturkan kata yang memang sudah ku jangka. "abis punye, mahal aku beli ni...", jawabku. perasaan tamak haloba menyelubungi diri. "tidak, tiDAK, TIDAK!!! tak boleh! sup ni aku punye, ko jangan sebok!", kata hatiku. mungkin sisa2 setan yang masih belum diikat masih bersarang di lubuk hatiku ketika itu.
habis akhirnya sup perut tersebut. aku bersendawa panjang, "burrrrrrrrrrrrrrrrrrpppppppppppppppppppppppppp............" kenyang betul.
zard punye bengang tak ingat punyalah dengan aku. padan muka haha. maka bermulalah puasa aku selepas berniat sebulan dan berniat untuk esok hari.
dah dekat syuruk tu, badan aku rasa panas. aku pulak kurang tidur dan penat bekerja semenjak minggu lepas, wiken kena kerja kat jkm pulak, siapkan upgrade keepalived. 9 hari stret aku keje.
aku lantas menggunakan url keje wiken, aku cuti sebab badan tak sedap + panas. rehat sahaja aku hari tu... buka puasa seperti biasa, berbuka dengan susu dan buah-buahan.. nak makan takde selera pulak.
pagi kemudiannya aku sahur susu dan buah-buahan juga. tapi disebabkan batuk tak ingat + kahak hijau. start tengah hari asik batuk, buang kahak, makin dahaga aku jadinya. pagi sebelumnya aku hantar mesej cuti ganti wiken juga.
penat sangat, aku makan ubat.. rongaklah sehari puasa... pastu lapar la pulak, dah petang sikit pergilah pasar ramadhan berdekatan. makan dan makan ubat.
esoknya lagi, demam masih belum baik, makin teruk adele.. mintak tolong zard hantar pegi klinik, die pulak pergi beli nasi bungkus. doktor siap amik darah aku lagi sebab demam tak baik2. suhu badan dah 40 darjah selsius. katenye nak cek kalo ade denggi. mintak MC, so bercutilah lagi untuk hari ke-3 berturut-turut.
dah dapat MC, hantar mesej dekat ade seorang makcik tu, makcik tu tanya aku makan apa sahur pertama, pastu siap marah aku lagi... "makan sup perut memang la panas badan!"
begitulah bunyi dalam sms tersebut lebih kurang.. ooooo barulah aku tau.
hari-hari seterusnya, puasa berjalan lancar, 2 hari tinggal tu bolehlah ganti + puasa 6 sekali insyaAllah. tapi...,
hari yang paling genting aku kena submit macam2 benda, boleh migraine tak ingat punya. so aku makanla ponstan yang lebih dari demam hari tu. habis 3 hari tak puasa aku tahun ni. sedihnya dah tua pon puasa tak penuh. anak abang aku lak darjah 3 puasa penuh. apara Achik Jamal ni..
26 Januari 2010
Update Osman Kering?
Haha.. tak tau ape nak tulis dah kat blog ni...
Ingat tak entri ini? Tadi terserempak lagi dengan Encik Osman Kering, ketika aku nak balik ke opis aku di Tasek Selatan, daripada PWTC (customer site).
Beliau kelihatan agak tensen.
Sekian TQ.
10 Januari 2010
12 November 2009
Lambatnye hujung bulan...
Semalam, aku telah membuat keputusan impulsif yg membawa aku kepada suatu kenyataan, dapat gaji bulan ni, kereta keluar!
Tunggu dan lihat R35 ku nanti!
tukang taip:
malas
ketika
10:49 PG
0
komen
label: Merepek, Pengumuman
22 Oktober 2009
13 Oktober 2009
28 September 2009
17 September 2009
16 September 2009
Proxy susah eh?
Menahan kemahuan sangat susah.
Orangnya dekat, tapi tak boleh nak bagitahu.
Saya ikut je, dah awak nak macam tu.
Jadi saya ikut proxy, 2 proxy pulak tu... Harap takde loss ye!
Bila nak pakai tudung tu? Nak tengok....
10 September 2009
09 September 2009
Entri Sudah Sedikit Cool
Hmm.. seronoook...
Tapi ngantuk la pulak. Karang jadi macam hari Isnin (dua hari lepas), aku bawak moto sambil tido!
Entri Emosi Ramadhan
Ko tu bagus sangat ke nak tegur aku? Aku mengemis duit ko ke?
Takat aku buat lawak berdasarkan fakta yang aku nampak depan bini ko tu, ko still nak perlekeh aku? Lawak pon tak boleh terima? Ko hilang macho lepas tu? Abis tu yang ko duk perlekeh aku sebelum ni ade aku kisah?
Yang sorang ni, cuba lah jangan bagi harapan palsu.
Berapa kali dah aku kena?
Berapa kali lah kut mamat tu dah kena? Jangan sangkut dengan mamat sorang lagi tu sudah.
Yang kau pulak, kalau nak buat lawak, pastikan suasana sekeliling tu ok ke tak.
Konon nak buat lawak, tapi cerita tak habis. Kenapa? Ko nak kena sepak?
02 September 2009
Entri Ramadan
Salam ramadhan semua. Aku bukan bz. Aku malas.
Tapi menarik la perbualan aku dengan housemate aku pagi semalam, sebelum pergi kerja.
Aima: Ada putik kapas tak?
Aku: Takde. Batal puasa la korek telinga.
Aima: Manade batal, makruh je...
Aku: Batal la, macam korek hidung gak!
Aima: Makruh je, batal kalau korek sampai melalaikan!
Aku: (terdiam)
So, sape yang betul? Korek telinga sampai melalaikan eh?
08 Ogos 2009
Rasa macam dah elak, tapi alih2 kena kat belakang kepala aku pulak...
It feels like i dodged a bullet, but actually it's a boomerang and it came back, knocking the back of my head...
Apa aku nak buat ni?28 Julai 2009
Rentetan peristiwa kenapa aku MC pada hari ini
salah makan -> sakit perut -> takut nak makan -> berak abis isi perut -> perut masuk angin sebab tak makan -> klinik -> cucuk bontot -> makan ubat kat klinik jugak -> muntah -> balik rumah -> makan lagi sekali ubat
tukang taip:
malas
ketika
11:00 PG
0
komen
label: Going Ons, Merepek, Pengumuman
25 Julai 2009
07 Julai 2009
Ular masuk rumah
Semalam rumah aku dimasuki ular! Ular sawa kut. Kaler krim, tompok merah, jalur hitam. Paaaaannnnnjjjjjjaaaaaanggggg.....! Beso adela beso peha aku kut. Memula aku nak biar je, pasal fikir kalau ular masuk rumah, dan ular tu tak buat ape2, jangan bunuh. Tapi aku terfikir pulak, wuish, kalo tangkap pon ok gak ni, teringat mendiang Steve Irwin, macam mane dia tangkap ular. Lagipun kaler ular dah pelik, manele tau spesis baru kan?
Jadi aku tangkap la pakai tangan, start adala dekat tengah2 badan ular tu. Tapi mak ai, licin betul... Ular makin terlepas.. Aku mintak tolong adik aku, aku jeritla, "Na...!! tolong Ma ni tangkap ulo ni ha..!"
Adik aku jawap pulak, "Hei san na, kau tung hei san na, hei ya, faiti hei ya!!!"
Rupanya alarm henset aku bunyi. Mimpi rupanya aku ni... Patutla aku ada dekat rumah Mak aku kat Ipoh... Ape pulak maksudnya eh?
Lepas tu, aku tido balik, sepatutnya pergi solat subuh...
Mimpi benda lain pulak. Mimpi pergi blind date kut. Awek yang aku jumpa tu berbadan gempal dan berkulit gelap. Nasib baik aku pergi blind date bawak hosmet aku. Rasa macam nak lari je...
Sekali lagi, terbangun sebab bunyi henset. Kali ni bunyi Final Fantasy 9, bunyi lepas menang tu.. Kalo pernah main tau la bunyi macam mane kan? Ada mesej masuk, nombor tak dikenali. Terima kasih sebab bangunkan aku ye awek tahi lalat di dagu!
Hehehe.. habis kerja, tengok Transformers lagi sekali sebab awek tahi lalat tak tengok lagi dan juga masa aku tengok dengan Ayoub minggu lepas, kami termiss 10 minit pertama...
Tapi bukan tengok berdua tau, berempat, 2 lelaki, 2 perempuan. Balik rumah tadi awek tahi lalat hantar. Esok dia ambik aku pergi kerja. Hujan kan? Esok kena bangun awal. Kerja makin bermasalah.
05 Julai 2009
Kenapa aku swastakan blog aku
Sebab aku frust!
Tu je.
Sekarang dah ok.
Projek aku handle dah online and running, minus a few bugs. Bukan part aku ye, budak2 app team punya kerja. Kerja aku yang tertangguh cuma Tivoli yang memeningkan. Ape lagi yang kene buat, dah fed up aku dengan tivoli ni. Sementara database takde lagi, bulela lengah2kan dulu. Dasar pemalas.
Aku nak beli kereta! Cadangan awal nak angkat BMW lama, bikin balik kasi smart. Tapi, nak beli memang mampu. Nak maintain rasenye tak dapat. So aku opt nak angkat Kelisa manual. Orang yang nak jual tu pulak hilang tak dapat dihubungi (dengar kata pergi oversea). So aku cadang nak angkat Satria Neo pulak. Kena marah le ngan family aku. Sempit, kecik ape kejadahnye lagi. Suruh angkat Myvi pulak. Aku TAK SUKA Myvi!! Tinggi sangat. Kurang pikap. Kelisa lagi pikap. Jadi aku menyusahkanla abang aku, cakap kat dia "OK, bule angkat Myvi tapi Ma nak UK-spec punya, bule dapat tak? Berapa downpayment?" Padahal memang aku tak nak pon. (BTW abang aku salesman Perodua). Jadi memang kena postpone la pasal kereta ni. Duit simpanan untuk downpayment makin terkikis..........
Wow! Dah setahun aku pakai motor busukku yang ku sayang itu. Roadtax takde lagi! Contact point system aku dah tukar ke CDI. Terbang RM105. Hmmm berapa kali ganda harga motor dah aku abis untuk repair moto tu eh?
Minggu lepas aku jadi pengapit untuk colleague aku. Kesian dia takde member. Kate dia la. Takpe, aku dapat baju raya tahun ni dah. Songkok sekali. Rasanya kali terakhir aku beli songkok 11 tahun lepas. Masa nak masuk SEPOSEN dulu. Sama je saiz kepala aku 11 tahun lepas. Jadinya aku tak besar kepala la meningkat umur ni eh? Esok majlis kat Melaka pulak. Majlis di rumah dia pulak. Minggu lepas di Simpang Empat Penang. Duty sebagai best man berjalan ke esok?
Weekend depan berjalan2 dengan member2 Ipoh aku ke Penang. Penang lagi? Layankan.
Week sebelum ke Penang tu encik Hatta Azuwar Dahlan turun ke semenanjung. Time frust tu la. Pasal tu dah ok kut. Ade benda yang melarikan otak aku dari dok pikir pasal frust. Aku pergi zoo tepen! 14 thn lepas last pergi. Aku pergi Super GT. Gambo2 bule jenguk facebook aku.
Pasal frust tu... Hmm rilek je la. Aku masih muda. (ayat penyedap hati sendiri). Dalam keadaan frust tu aku bule letak kat status YM aku: "xpe xpe, sakitkan ati aku lagi, aku manade perasaan". Ramai komen aku emo gila. Rilek. Terima kasih ya kawan2. Aku tau korang sayang aku.
Aku dah ade gitar. Very the belated birthday gift! Orait la. Tapi bila dah dapat rasa malas nak belajar lagu baru pulak.
Ape lagi nak tulis eh? Sape ade tag aku tu, aku malas. Sila ingatkan aku balik. Achique pon dah swastakan blog dia gak. Kenapa apakah cik Achique?

























