blog ni. sebab dah malas nak tulis. tak tau ape nak tulis. tau je ape nak tulis sebenarnye, tapi seperti nama blog ni, so paham2 jela..
sekian tq
24 Jun 2010
Rasa macam nak tutup
06 Disember 2009
Adeke patut? - 2 : Dem.. kena lagi la pulak...
Ingat lagi tak yang aritu aku kena tu, ala yang ini...
Kena lagi baru kejap tadi.
Situasi kali ni dekat kedai mamak berhampiran opis aku.
Aku tengah mengkaut kuah gulai dekat belakang kaunter, ade akak ni tetiba mintak aku nasi bungkus.
Aku angkat tangan surrender sambil tidak berkata apa-apa.
Muka mamak sangat ke aku ni? 1/8 je Pakistan aku ni, bukannye India pon. Adei...
p/s: Orang gile je keje wiken. Jadi hari ni hari gile aku...
22 Oktober 2009
19 Oktober 2009
Erk?
02 Oktober 2009
Entri Emosi
Walaupun mlm tadi aku dinner ngan awek, pastu sebelum tido siap mesej2 sambil ngantuk, aku bangun pagi tadi dalam pukul 5, aku merasakan hari ini merupakan hari hampeh aku.
Aku memang rasa nak melempang orang je arini. Super duper pissed off je arini. Kesan semalam dan kelmarin baru sampai. Lagging tak ingat punya slow...
Ade sesape yg sudi memberi pipi untuk di lempang?
18 September 2009
Salam Eid
Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada pembaca blog aku yg ade 2 orang gitu kut.
Maaf terkasar bahasa segala, aku cuma manusia yang sengal. Ampun maaf dipinta dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Terima kasih Ramadhan yang telah memberi begitu banyak pengalaman kepada aku. Semoga dapat bertemu lagi di tahun hadapan.
Sifar - sifar ye kawan2!!
p/s: Seminggu lebih kita takkan jumpa ni... Jaga diri dan perlakuan. Saya pon akan jaga gak.
tukang taip:
malas
ketika
12:56 PTG
0
komen
label: Entah, Going Ons, Pengumuman
17 September 2009
10 September 2009
Entri Tak Sengaja Ramadhan
Singgah di Sogo, mencari CD-ROM. CD-RW tak detect pulak kat server ni.
Dipendekkan cerita, 'ter'shopping seluar raya. Henset pon sekali.
17 Ogos 2009
Jalan2 Kerja2
Semenjak Ahad lepas (10/8) aku dah berjalan. Mula2 dengan Chek, gerak ke Kelantan untuk memenuhi undangan menservis server yang dijalankan 3 bulan sekali.
08 Ogos 2009
Rasa macam dah elak, tapi alih2 kena kat belakang kepala aku pulak...
It feels like i dodged a bullet, but actually it's a boomerang and it came back, knocking the back of my head...
Apa aku nak buat ni?25 Julai 2009
17 Julai 2009
Pengalaman saya menolak motor ketika berpuasa di hari Khamis
Penat! Puasa + tak cukup tido + tolak motor + bukak puasa awal! Terima kasih wahai encik pengantin baru yang sudi menolak motor aku tadi. Bagus jugak jadi pengapit ni eh? Nanti pengantin tolong tolak motor! Kepada abang ipar pengantin, teman nok tengok gambo teman mengepit adik ipor mike tu. Teman nok letok dalam blog ni he! Yang aku perasan, kalau aku dengan si awek tahi lalat ni, mesti ade something yang akan spoil. Spoil bukan spoil sangat pun tapi spoil yang bagi aku, seronok. Macam aku cakap kat dia, akan jadi kenangan manis gitu. Seronok tul kawan ngan dia ni. Boleh layan. Satu kepala la kut. Colleague sume dah ingat kami ni bercouple. Tidak sama sekali! Cuma kawan – kawan yang enjoy each others company. Tidak melibatkan perasaan. Kut. Bagi aku la. Dia aku tak tau. Dia cakap macam tu jugak jadi aku percaya je lah. Apa lagi nak cerita eh? Tadi macam banyak nak cerita. Dah hilang pulak ilham ni. Hmm.. Dia ni suka pukul aku!
07 Julai 2009
Ular masuk rumah
Semalam rumah aku dimasuki ular! Ular sawa kut. Kaler krim, tompok merah, jalur hitam. Paaaaannnnnjjjjjjaaaaaanggggg.....! Beso adela beso peha aku kut. Memula aku nak biar je, pasal fikir kalau ular masuk rumah, dan ular tu tak buat ape2, jangan bunuh. Tapi aku terfikir pulak, wuish, kalo tangkap pon ok gak ni, teringat mendiang Steve Irwin, macam mane dia tangkap ular. Lagipun kaler ular dah pelik, manele tau spesis baru kan?
Jadi aku tangkap la pakai tangan, start adala dekat tengah2 badan ular tu. Tapi mak ai, licin betul... Ular makin terlepas.. Aku mintak tolong adik aku, aku jeritla, "Na...!! tolong Ma ni tangkap ulo ni ha..!"
Adik aku jawap pulak, "Hei san na, kau tung hei san na, hei ya, faiti hei ya!!!"
Rupanya alarm henset aku bunyi. Mimpi rupanya aku ni... Patutla aku ada dekat rumah Mak aku kat Ipoh... Ape pulak maksudnya eh?
Lepas tu, aku tido balik, sepatutnya pergi solat subuh...
Mimpi benda lain pulak. Mimpi pergi blind date kut. Awek yang aku jumpa tu berbadan gempal dan berkulit gelap. Nasib baik aku pergi blind date bawak hosmet aku. Rasa macam nak lari je...
Sekali lagi, terbangun sebab bunyi henset. Kali ni bunyi Final Fantasy 9, bunyi lepas menang tu.. Kalo pernah main tau la bunyi macam mane kan? Ada mesej masuk, nombor tak dikenali. Terima kasih sebab bangunkan aku ye awek tahi lalat di dagu!
Hehehe.. habis kerja, tengok Transformers lagi sekali sebab awek tahi lalat tak tengok lagi dan juga masa aku tengok dengan Ayoub minggu lepas, kami termiss 10 minit pertama...
Tapi bukan tengok berdua tau, berempat, 2 lelaki, 2 perempuan. Balik rumah tadi awek tahi lalat hantar. Esok dia ambik aku pergi kerja. Hujan kan? Esok kena bangun awal. Kerja makin bermasalah.
05 Julai 2009
Kenapa aku swastakan blog aku
Sebab aku frust!
Tu je.
Sekarang dah ok.
Projek aku handle dah online and running, minus a few bugs. Bukan part aku ye, budak2 app team punya kerja. Kerja aku yang tertangguh cuma Tivoli yang memeningkan. Ape lagi yang kene buat, dah fed up aku dengan tivoli ni. Sementara database takde lagi, bulela lengah2kan dulu. Dasar pemalas.
Aku nak beli kereta! Cadangan awal nak angkat BMW lama, bikin balik kasi smart. Tapi, nak beli memang mampu. Nak maintain rasenye tak dapat. So aku opt nak angkat Kelisa manual. Orang yang nak jual tu pulak hilang tak dapat dihubungi (dengar kata pergi oversea). So aku cadang nak angkat Satria Neo pulak. Kena marah le ngan family aku. Sempit, kecik ape kejadahnye lagi. Suruh angkat Myvi pulak. Aku TAK SUKA Myvi!! Tinggi sangat. Kurang pikap. Kelisa lagi pikap. Jadi aku menyusahkanla abang aku, cakap kat dia "OK, bule angkat Myvi tapi Ma nak UK-spec punya, bule dapat tak? Berapa downpayment?" Padahal memang aku tak nak pon. (BTW abang aku salesman Perodua). Jadi memang kena postpone la pasal kereta ni. Duit simpanan untuk downpayment makin terkikis..........
Wow! Dah setahun aku pakai motor busukku yang ku sayang itu. Roadtax takde lagi! Contact point system aku dah tukar ke CDI. Terbang RM105. Hmmm berapa kali ganda harga motor dah aku abis untuk repair moto tu eh?
Minggu lepas aku jadi pengapit untuk colleague aku. Kesian dia takde member. Kate dia la. Takpe, aku dapat baju raya tahun ni dah. Songkok sekali. Rasanya kali terakhir aku beli songkok 11 tahun lepas. Masa nak masuk SEPOSEN dulu. Sama je saiz kepala aku 11 tahun lepas. Jadinya aku tak besar kepala la meningkat umur ni eh? Esok majlis kat Melaka pulak. Majlis di rumah dia pulak. Minggu lepas di Simpang Empat Penang. Duty sebagai best man berjalan ke esok?
Weekend depan berjalan2 dengan member2 Ipoh aku ke Penang. Penang lagi? Layankan.
Week sebelum ke Penang tu encik Hatta Azuwar Dahlan turun ke semenanjung. Time frust tu la. Pasal tu dah ok kut. Ade benda yang melarikan otak aku dari dok pikir pasal frust. Aku pergi zoo tepen! 14 thn lepas last pergi. Aku pergi Super GT. Gambo2 bule jenguk facebook aku.
Pasal frust tu... Hmm rilek je la. Aku masih muda. (ayat penyedap hati sendiri). Dalam keadaan frust tu aku bule letak kat status YM aku: "xpe xpe, sakitkan ati aku lagi, aku manade perasaan". Ramai komen aku emo gila. Rilek. Terima kasih ya kawan2. Aku tau korang sayang aku.
Aku dah ade gitar. Very the belated birthday gift! Orait la. Tapi bila dah dapat rasa malas nak belajar lagu baru pulak.
Ape lagi nak tulis eh? Sape ade tag aku tu, aku malas. Sila ingatkan aku balik. Achique pon dah swastakan blog dia gak. Kenapa apakah cik Achique?
15 Jun 2009
Kenapa apakah aku ini?
Sudah seminggu aku macam ni.
Makan tak larat abis, tido tak lena. Kalo tido pon dah ujung2 baru boleh tido. Bangun awal. Pagi tadi dapat tido sejam setengah je.
Pastu bangun terus gosok baju. Apekehenye? Selaku pemilik blog Malas Corporation ni, gosok baju adalah sesuatu yang aku akan buat bila nak ke majlis kahwin je, tak pun pegi interview. Nak kate arini ade majlis kahwin, apekejadahnye pulak buat ari Isnin? Interview pekenamenye keje dah best?
Kenapa?
Nasib baik mandi basah. Kalo mandi tak basah tu tipu la...
13 Mei 2009
Aku Mahu by HUHA
INTRO -G
VERSE 2 -G B C D
PRE- CHORUS - C G A D
VERSE2 -G B C D
PRE CHOR - C G A D
CHOR - E C D B B
VERSE 3 -SOLO-
PRE CHORUS
CHORUS
OUTRO G
VERSE 3 HYPE - A C/D D E
INTRO
VERSE 2
Aku mahu kamu jadi
Ratu dalam hati ini
Tapi aku tidak tahu
Kamu mahu atau benci
PRE- CHORUS
Bila aku bersamamu
Langit gelap jadi terang
Bila engkau disampingku
Jiwa rasa ingin terbang
VERSE2
Aku mahu kamu tahu
Aku suka kepadamu
Tapi aku tidak mampu
Menyatakan kepadamu
PRE CHORUS
Bila aku bersamamu
Langit gelap jadi terang
Bila engkau disampingku
Jiwa rasa ingin terbang
CHORUS
Oh indah, indahnya
Bila engkau ada disisiku
Oh indah, indahnya
Bila engkau ada disampingku
VERSE 3 -SOLO-
PRE CHORUS
Bila aku bersamamu
Langit gelap jadi terang
Bila engkau disampingku
Jiwa rasa ingin terbang
CHORUS
Oh indah, indahnya
Bila engkau ada disisiku
Oh indah, indahnya
Bila engkau ada disampingku
OUTRO
HYPE
Aku mahu kamu mahu
Kepadaku setiap waktu
Aku mahu kamu tahu
Aku cinta kepadamu
lawat : Myspace, Reverbnation untuk lagu-lagu lain
28 April 2009
Menabung Amalan Mulia 2
Kerana sudah penuh tabung baru aku, aku nak simpanla duit yang dalam tabung tu ke dalam tabung yang lebih besar iaitu bank. Juga kerana aku nak meminang. Sape cakap duit syiling tak boleh meminang? Tapi kena tukar duit dulu la kan?
Berikut merupakan gambar berkaitan.

Kutipan kali ini:
50sen x 67 = 33.50
20sen x 208 = 41.60
10sen x 366 = 36.60
5sen x 77 = 3.85
.: Jumlah terkumpul setakat ini : 33.50 + 41.60 + 36.60 + 3.85 = 115.55.
23 April 2009
Escape
I need to escape.
Escape from work.
Escape from duties.
Escape from the hustle and bustle.
Escape from responsibilities.
Escape from sanity.
Escape from burden.
Escape from problems.
Escape from KL.
Yok ke JB esok petang!!!
tukang taip:
malas
ketika
11:36 PTG
3
komen
label: Entah, Merepek, Pengumuman
20 April 2009
Tag dari Cik Ruby
1. Anda perlu print screen wallpaper di desktop anda yang anda gunakan sekarang.Jangan tukaq okeyh...
2. Bgtau napa anda suka wallpaper ini?
Sebab aku suka main game ni dulu. Sekarang dah tak main dah. Hmm cari emulator NeoGeo pon ok gak ni. Bule main balik.
Ini dari manhwa (komik Korea) Veritas. Cite gaduh2. Hero die baju biru/ungu kat depan tu, penjahat perempuan kepala besar kat background. Dah le tadi meeting bos suruh pakai laptop aku nih, segan. Sekarang tidak lagi.
3. Sila tag 10 orang...
10 orang ramai sangat la, tolak 1 ok tak? 10 - 1 = 0. Malas.

























