25 Julai 2009
25 September 2008
Something to Write
Yup, I was tagged by Ms. Sarizah@Achique@Icik@Izah@Eja. As of me not having anything important to do in the office, why not I write something in response to her tagging. And I will write this in English as it's been long since I've written one.
1)Nickname
My family calls me Ma. My close friends call me Mal. My Kelantanese friends call me Jama (also my Mak Yang). Other nicknames: none I think because all of them didn't stick. From what I remember, my neighbour called me Pak Tongko (P.Ramlee punya pasal la ni). Also Jamal Akhlakun, Kebab, Un etc. None of them sticked! OH, I've been using or0 for internet purposes since 1998, so 10 years already!!
Anak2 buah aku panggil aku Acik. Ade gak panggil aku Kicu. Ade yang pelat panggil Asyiamal n Syamau. Kak Ipar aku panggil aku Jama gak.
2)Knocked
When I was in Primary 5 I think, I was knocked by a motorbike. I was riding a bicycle at that time, and my gang and I were crossing a road in Kampung Pasir Puteh beside the new masjid site. All of my gang already crossed, and I was the last to cross and not looking left or right or back, suddenly I was knocked by a Y80 motorbike. I just fell but no scratches or cuts. The bicycle was a little bent. Thank god it wasn't mine! I changed bicycles with my friend before that and the accident occurred a few meters from his house!
3)Driving License
I obtained my P in 2002 after almost two years of going back and forth to Ipoh - Parit Raja to learn and tests. For my B2 I tested two times because the first time I failed in Jalan raya because I stopped the bike more than the white line. Just a simple mistake, right? Cheh. For my D I tested 3 times! The first time, I failed both because during the 3-point parking, where normally I don't apply any pressure on the accelerator and the very same car that I practiced was used for the test. So I just played around with the clutch, hoping that the car would be able to move without using the accelerator. But, nothing happened. So I stepped on the accelerator and I knocked a few tiangs! Failed! Went out of the car and smashed the door. Thinking that I'm going to pay the same amount of money for retest whether I failed both or any one, I failed the jalan raya on purpose. Regretted that decision when retest the 1st time, failed jalan raya again.
Full license obtained in 2004. Went for a year without renewing it in 2005/2006 and only renewed after being stopped by the traffic police in Puchong.
4)Motorcycle
Bought one for RM300. Still no road tax and insurance. Costs for repair >RM600. Nuff said.
5)Athletics
I am a very non-athletic person. It's because when I was a lot smaller, I had severe asthma. So I never represent anything in sports.
But in form 4, a few days after entering the school we need to participate in cross country. So for the training and get-to-know the course, our house Jati went for training. I only walked and berborak with Bidin and also Izrul so we were left behind by the pack. Searching for the pack, found a group of form 2 students. They said that they also can't find the pack. Afterwards, 3 seniors came towards us and we form a new pack, a pack of Lost Children! Actually the cross country should be finished at 6.15 pm but the Lost Children pack only reached the school at 8.30 pm! Very scary man, imagine going to a new place for the first time and getting lost! We even found an orchard with Siamese writings! Bidin thought that we already crossed the border to Thailand.
Afterwards, I never went for cross country practice (because of the muscle strains) and straight to the competition. The funny thing is that we took the wrong path early on!
6)Sports
In school I played basketball because of Slamdunk manga! In Ittho I played football in the evening just for fun.
7)Study
I like to study things that are unrelated to the syllabus.
I hate homework since Primary 1!
In Kemahiran Hidup, I was the only one that does not submit his ledger book.
Mathematics are like breathing to me. Very the kacang one! But I suck in additional mathematics.
I stay up just to berborak and disturb people sleeping. The best one would be the 'Mengacau orang tidur dengan menyamar hantu'. I will write about it later okay?
I think I have the most beautiful result for SPM: 2 A1s, 2 A2s, 2 C3s, 2 C4s and 2 C5s.
8)Music
Duran-duran (my brother has cassettes)
Wham (I like Last Christmas the best)
A-ha (Take on me)
Jason Donovan (Forever and Ever)
Rick Astley (can't remember the song name)
The Police (Every Breath You Take)
-Influenced by my older brothers and sisters and cousins.
I memorized the lyrics to Ice Ice Baby. Still do.
9)People will get mad at me because I'm a stubborn person and I like to do things at my pace, meaning that I usually finish work late.
10)Ethnicity
I'm Malay.
My father was Minang (Tok) + Kerinchi (Opah) and my mother is Pakistan + Jawa (Tok) + Minang (Opah). I think?
Everyone of my siblings have people mistaken them for Chinese. Not me though.
11)I understand people, maybe? But people don't understand me (not much).
12)Kids
I like kids. Kids like me. I know how to attract their attention. But in no means that I am a paedophile. I like pdf files though.
13)I am very selfish. The person that I love the most in this world is Myself.
14)Sewing
I can sew buttons like a pro!
I cannot operate sewing machine.
15)Hobby
Modelling. Not like the Ole-ole Ramadhan one. Plastic kit modelling.
Reading (give me anything, I'll read it)
Video games (not so much now)
Internet (very blessed with this job)
Movies (if the the reviews are good, and no one wants to accompany me, I'll go alone)
I will tag my brother. Okay or not?
18 September 2008
Nostalgia Ramadhan
Setelah meminta keizinan Encik Rambo, inilah antara kenangan aku di bulan Ramadhan.
Time aku kecik sangat dulu, rasenye sebelum tadika atau dalam umur 3 atau 4 atau 5 tahun. Kiranya macam aku punya earliest memory la kut...
Zaman tu aku tak reti puasa lagi. Jadi apekebendenye yg aku nak cite? Belajar puasa? Tak. Ini adalah kisah aku belajar SOLAT.
Zaman tu aku takde member lagi. Yang nak geng ngan aku pun adik beradik dan sepupu aku je la.
Satu hari tu, abang aku yang lagi tua dari aku 6 tahun dan sepupu aku yg tua aku 3 tahun ajak aku join derang gi solat terawih. Aku yg kudus/bengong itu folo aje la kan?
Masuk masjid, amik wuduk yg ntahpape setelah diajar abang aku, kami join la orang yang tengah solat Isyak.
Bacaan ape pon aku langsung tak tahu, aku baca Bismillah je la banyak kali sebab itu aje yang aku tau.
Orang angkat takbir, aku pun angkat takbir.
Orang rukuk, aku pun ikut sama rukuk.
Orang sujud, aku pun sujud jugak la.
Orang duduk antara dua sujud, aku pun sama.
Orang sujud balik, aku ikut sujud balik.
Orang duduk tahiyat awal (sebab kami masbuk), aku pun ikut serta duduk tahiyat awal.
Orang bangun untuk rakaat ke 3...
Aku tak bangun, aku sujud balik.
Lantas dengan pantas abang aku tarik aku suruh bangun. Dia ngan sepupu aku dah gelak mengekek-ngekek dah. Terus keluar masjid.
Selepas tu kami pergi main mercun + bunga api... Itulah tujuan sebenarnya, abang aku kira macam kencing mak aku la...
03 Januari 2008
2007 Roundup
Januari:
- 2/1 merupakan ulangtahun pertama kehilangan kad pengenalanku.
- 6/1 pula ulangtahun pertama kepatahan bahuku yang sehingga kini masih belum dirawat, masih patah, masih 2 ketul tulang terpisah.
- Bulan Januari juga bulan dimana aku masih di Ipoh, kerana bimbang banjir di Parit Raja masih belum surut, juga sebagai anak, aku dikehendaki menjaga rumah kerana Emak masih berada di Makkah menunaikan haji.
- Kawan baik aku kahwin!
- Setelah Emak pulang, poket pun sudah berisi, barulah aku bererak ke Parit Raja tercinta untuk menyambung pelajaran yang hampir terkandas.
- Tiba di Parit Raja pada 31/1.
Februari:
- Mendaftar matapelajaran terakhir ijazah sarjana mudaku pada hari terakhir pendaftaran. "Kalau kamu tak daftar, kamu kira KG", ujar kakak kaunter FKEE pada pagi hari terakhir pendaftaran melalui telefon.
- Terus berjumpa Puan Nik Shahidah Afifi untuk berbincang menenai PSMku yang tertangguh selama setahun! Sesudah berbincang, pulang menyiapkan apa yang patut. Rajin pada waktu awal sahaja... terus melepak....
- Berjumpa father figure, Prof. Dr. Mohd Zarar, seperti biasa, dimarah lah...
- Internet di rumah dipotong! Guna akaun curi (sila tanya Shaggy) buat sementara, sehinggalah line telefon tak disambung ke ibusawat.
Mac:
- Aktiviti tidak berfaedah mengisi bulan Mac.
April:
- 25 tahun! PSM diteruskan dengan tergesa.
- Mula membaca Harry Potter versi pdf.
Mei:
- Menulis tesis dan tamatlah pengajian....
- Membasuh kawan2 yang malas siapkan tesis.
Jun:
- Mendaftar di SPA.
- Atas saranan PM Siti Hawa, memasuki INSEP. Berbelah bagi antara uE dan Elektronik Perubatan. uE dipilih sebab: keinginan memasuki bilik bersih. Alasan tidak kukuh...
- Tidak menyesal sama sekali dengan pilihan tersebut.
Julai:
- Mula berfikir mahu menerbitkan blog sendiri.
- Mencari kerja dengan tidak bersungguh-sungguh.
- Mendaftar sebagai blogger.
- Menulis 2 post sebagai post pertama.
- Peperiksaan PTD.
- Peperiksaan 14 jawatan.
- Malaysia: 50 years! Ulangtahun ke-4 Abah pergi.
- Konvokesyen!
- Menghantar M.H.Jabbar ke KLIA dan membulah bersama kawan2 sebatch.
- Habis membaca Harry Potter... 7 buku kesemuanya dalam versi pdf.
- Tamat teori untuk INSEP.
- Meninggalkan Parit Raja tercinta.
- Jalan-jalan cari masjid bersama Iza.
- Cuti hari raya.
- Memasuki SOEM. Merasai kehidupan sebagai balaci.
- PAC, terjumpa Ain (7 tahun tidak berjumpa, masih kiut)
- Berpolitik di SOEM.
Disember:
- Berbelanja sakan.
- Berpolitik lagi.
- Mengunjungi kawan-kawan yang berkahwin.
- Pertemuan semula dengan GD52.
- Pulang ke Johor.
- Berjumpa dengan Jun.
- Berjumpa dengan Nazry (kawan terbest) dan Ali (Arbok yang tidak diketemui selama 7 tahun).
- 3rd strike: I'm out!
- Macam gagal je PAC aku?
31 Ogos 2007
Empat tahun yang lalu...
Tanpa disangka, empat tahun sudah berlalu...
Di waktu Malaysia dalam kegembiraan, tidak pula aku. Kenapa? Pada hari ini, empat tahun yang lalu, ayahanda kami yang tersayang telah pergi meninggalkan kami sekeluarga.
Pada ketika itu aku masih berada di Parit Raja, cadangku ingin pulang tapi di halang oleh ayahanda ku sendiri mengatakan aku baru sahaja pulang minggu lepas. Keadaan kesihatannya yang beransur pulih menambahkan lagi sebab untuk tidak pulang. Tetapi pada 30 Ogos 2004, ayahanda ku kembali di masukkan ke hospital. Dengan keadaan telefon bimbit ku yang juga kesakitan, berita mengenainya lambat sampai kepada ku...
Malam merdeka ku diisi dengan sambutan di Dataran Penggaram, tanpa betul-betul menikmati keseronokan, aku mengikut sahaja sahabatku ke sana. Pulang ke rumah sewa, ku sumbatkan semula wayar pengecas bateri telefon bimbitku... Sebegitu banyak sekali panggilan yang tidak di jawab, mesej apatah lagi. Kemudian abangku menelefon mengatakan ayahanda sudah tenat, dan aku disuruh mebaca surah Yaasin sebanyak mungkin, jadi aku terus melakukannya. Di waktu aku mebaca surah tersebut, ada sahaja mesej yang masuk memberitahuku tentang status ayahanda.
Kemudian, pada jam 2.30 pagi, ayahanda telah pergi, untuk selamanya. Tinggallah kami sekeluarga dalam kesedihan. Kalau diikutkan hatiku, mahu sahaja aku terus pulang menaiki motosikal pada waktu itu juga. Tetapi keluargaku menyuruhku supaya sabar dan naik sahaja bas pertama ke Ipoh. Jadi pada pukul 8.30 pagi aku menaiki bas ke KL. Sesampai di KL terus sahaja aku mengambil bas ke Ipoh, tetapi bas itu berkeputusan untuk melalui jalan biasa, bukan lebuhraya seperti aku inginkan, dan aku tiba lewat di rumah. Tidak sempat melihat ayahanda pada kali terakhir. Cuma batu nesan sahaja dapat ku lihat... Ku sedekahkan surah Yaasin dan pulang.
Tetapi untuk apa dikenang kisah lalu? Teruskan sahaja kehidupan... Ikuti keseronokan kami di Majlis Konvokesyen ke-6 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di nukilan seterusnya..
























